Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : Ar 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb yg berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2. badan (institusi) yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam; berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan (kegunaan) umum atau keagamaan; mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang ramai, memberikan se­suatu utk hal atau keperluan yg berkaitan dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak mempunyai pokok manggis dlm paraknya; pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : Ar tempat berhenti sebentar (mem­baca dll), jeda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : diuntukkan bagi kegunaan umum (sbg derma atau sedekah): telaga ~ telaga yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (spt utk perkuburan, utk mendirikan masjid). mewakafkan memberikan harta benda atau tanah utk kegunaan orang ramai; memberikan sesuatu utk hal-hal yg berkaitan dgn agama: Raja Mokhtar telah ~ anjung rumahnya utk dijadikan surau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakaf (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan sedekah, hadiah, derma, sumbangan, pemberian;,
Kata Terbitan : mewakafkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza diantara wang dan duit, contoh dalam enakmen wakaf selangor ada ditakrifkan istibdal wakaf bahawa ianya bermaksud : ((…menggantikan suatu harta wakaf dengan harta lain atau wang yang sama atau lebih tinggi nilainya...)) maka adakah perkataan WANG di dalam takrif ini membawa maksud DUIT, atau ia lebih umum dari perkataan DUIT ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wang ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah manakala duit ialah kepingan logam (daripada emas, perak, tembaga dll.) yang dicap menjadi syiling, atau kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu.
Dalam konteks wakaf seperti yang dinyatakan dalam soalan, berkemungkinan wang yang dimaksudkan ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, dengan maksud yang lebih umum daripada maksud duit.
Makna12.05.2020
Ejaan Bahasa Melayu yang betul: Waqaf atau Wakaf?Ejaan yang betul ialah wakaf.Ejaan24.09.2013
Saya ingin bertanya perkembangan manuskrip saya yang berjudul "WAKAF TUNAI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM"?Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Pengarah Penerbitan, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman melalui talian 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my.Lain-lain10.02.2017
Salam Mohon tanya sama ada ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan/penjelasan) 1.Orang ramai membeli belah di pasaraya. 2.Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. 3.Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. 4.Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. Izani Hj. Daud.

1. Orang ramai membeli belah di pasaraya. - ejaan yang betul ialah membeli-belah dan pasar raya

2. Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. - ayat tergantung, ramai orang ______ di Pasar Tani

3. Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. - betul

4. Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. - betul

Tatabahasa02.08.2011
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya berkenaan status terkini manuskrip saya yang berjudul "WAKAF TUNAI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM", memandangkan tarikh akhir status terkini dalam "Penyuntingan" adalah pada 6/6/2014. Saya telah menghantar emel kepada editor yang bertanggungjawab namun tidak mendapat jawapan. Bilakah anggaran masa manuskrip ini akan diterbitkan? Semoga kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan akan memudahkan urusan kita bersama. Sekian. Terima kasih.Waalaikumussalam.  Untuk makluman puan Khidmad Nasihat Bahasa hanya menjawab soalan berkaitan bahasa.  Walau bagaimanapun puan boleh cuba menghubungi pentadbiran Bahagian Buku Umum untuk membantu mendapatkan maklumat berkaitan manuskrip puan itu.  Sila hubungi talian 03-2147 9426 untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Karya28.07.2016
Mohon jasa baik tuan untuk bantu kami mendapatkan tulisan jawi yang betul bagi perkataan berikut : Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy, Menara Bank Islam. Sekian, terima kasih.Seperti Lampiran.Ejaan18.10.2012
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama

Sawah bendang,  pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama).

 

Lain-lain05.10.2009
Rumah ini "kepunyaan dia" atau "kepunyaannya"? Konteks ini merujuk kepada manusia.

Rumah ini kepunyaan Ali.
Rumah ini kepunyaan datuknya.
Rumah ini kepunyaan Wakaf Johor.

Frasa "kepunyaan" ialah Kata Nama Terbitan.

Tatabahasa14.10.2017

Kembali ke atas