Manakah yang betul? i) wal afiat ii) walafiat Merujukkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah wal afiat. Sesetengah buku rujukan juga menggunakan wal afiat. | Ejaan yang betul ialah wal afiat. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Ejaan untuk sihat walafiat atau sihat wal afiat atau sihat wal-fiat ? terima kasih. | Jawapan yang betulnya ialah walafiat. Rujuk Kamus Dewan Edisi keempat untuk keterangan lebih lanjut. Harap maklum. | Ejaan | 09.08.2007 |
SIHAT WAL AFIAT Khidmat Nasihat DBP pada 09/08/07 mentakrifkan ejaan “yang betul ialah walafiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Ejaan. Kemudian Khidmat Nasihat DBP pada 04/07/2013 mentakrifkan ejaan yang betul ialah “wal afiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Tatabahasa. Akhirnya, pada 03/08/22 Khidmat Nasihat DBP mentakrifkan pula “Ejaan yang betul ialah “walafiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Lain-Lain. Jika “wa” dalam bahasa Arab bermaksud “dan”, adakah perkataan “dan” dieja bersambung dengan perkataan “afiat” sebagai “walaifat” (danafiat)? Definisi daftar kemasukan “afiat”: 1. pulih, sihat; sihat dan ~ (afiat) = sihat wal afiat ~ sihat (tidak uzur). Bagaimanapun, lain pula halnya pada perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah – yang dieja berasingan “Wal Jamaah” daripada Wa al-Jamaah – “Dan Jamaah” . Mohon pencerahan. | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), ejaan bagi kedua-dua frasa ini ialah Ahli Sunah Waljamaah dan sihat wal afiat. Wa atau wal ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud dan, lazimnya dieja rapat dengan perkataan yang bergabung dengannya, sama juga halnya dengan kata bismillah, assalamualaikum dan waalaikumussalam. Walau bagaimanapun, jika mengikut kaedah transliterasi, lazimnya dieja terpisah.
| Ejaan | 27.04.2023 |
Apakah ejaan yang betul untuk ucapan 'minal aidin wal faizin' yang biasa diucapkan pada hari raya? | Ungkapan "minal aidin wal faizin" ialah bahasa Arab yang diucapkan bagi mendoakan kebaikan kepada orang lain. Tiada ejaan standard dalam bahasa Melayu, kecuali pada kelazimannya dieja mengikut sebutan dalam bahasa Arab. Oleh itu, dalam konteks rasmi lebih baik digunakan ucapan dalam bahasa Melayu, seperti "semoga Allah menerima segala amalanmu". | Lain-lain | 30.04.2022 |
salam , bagaimanakah ejaan yang tepat bagi perkataan "ahli sunnah wal jamaah" dari sudut huruf besar dan kecil? | Ejaan yang betul ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu nama khas bagi kelompok/kumpulan tertentu. | Ejaan | 21.03.2012 |
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan walafiat (wal afiat)? dan contoh penggunaannya, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "walafiat". Contoh: Didoakan semoga saudara sihat walafiat. | Lain-lain | 03.08.2022 |
Ejaan yang betul untuk waalafiat | Ejaan yang betul untuk waalafiat Ejaan yang betula ialah wal afiat. | Ejaan | 13.01.2014 |
Salam sejahtera Apakah istilah baku untuk 'thumb drive' atau 'pen drive' dalam BM? Terima kasih. | Secara amnya thumb drive dan pendrive drive sama sahaja fungsinya dan pada wal penggunaannya kedua-dua alat itu diberi padanan pemacu pena. Walau bagaimanpun melihat kepada bentuk yang berbeza kedua-duanya kini diberikan padanan yang berbeza, thumb drive ialah pemacu jari, manakala pen drive ialah pemacu pena. | Istilah | 26.01.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang tepat untuk frasa Ummul Kitab yang berasal dari Bahasa Arab iaitu أم الكتاب? 2. Bagaimanakah cara menulis perkataan kalimah Bahasa Arab yang ditulis dalam tulisan Rumi? Adakah perlu dieja mengikut cara sebutan ataupun ditulis perkataan demi perkataan? Contoh:- الإِبَانَةُ والإِفَاضَةُ فِي أَحْكَامِ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ وَالاِسْتِحَاضَةِ Al-Ibanah Wal Ifadah fi Ahkamil Haidi Wan Nifasi Wal Istihadah Atau Al-Ibanatu wa al-Ifadatu fi Ahkami al-Haidi wa al-Nifasi wa al-Istihadati Atau Al-Ibanah wa al-Ifadah fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadah | Terdapat dua kaedah transliterasi kata Arab-Rumi, iaitu kaedah sebutan dan kaedah aksara. 1. 1. Kaedah Sebutan - Ummul Kitab 2. 2. Kaedah Aksara - Ummu al-Kitab PENGGUNAAN TRANSLITERASI 1. 1. Buku atau Teks Ilmiah Kata Arab yang terdapat di dalam buku ilmiah hendaklah ditransliterasikan menurut kaedah aksara sepenuhnya dan dicetak dengan huruf condong. Ummu al-Kitab Ahl al-Sunah Wa al-Jemaah 2. 2. Buku atau Teks Bacaan Umum Separa Ilmiah, Remaja dan Kanak-kanak Kata Arab yang terdapat di dalam bahan bacaan jenis ini ditransliterasikan menurut kaedah sebutan. Ummul Kitab Ikhwanul Muslim 3. 3. Ejaan Kata Arab Umum Ejaan kata Arab yang menjadi kata umum dan terdapat di dalam Kamus Dewan Perdana boleh digunakan di dalam buku atau teks bacaan separa ilmiah, remaja dan kanak-kanak.
| Lain-lain | 05.11.2022 |
Apakah perbezaan antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden? | Bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yang serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Bahasa Melayu Moden ialah bahasa yang masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, misalnya bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris. | Makna | 11.06.2012 |