Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau] | والاو

Definisi : 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau] | والاو

Definisi : 1 dan sekiranya; dan jika: ~ ke hutan pun, aku sanggup pergi. 2 = walaupun biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(21)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, yang mana betul: (1) walau pun atau walaupun; (2) apa pun atau ataupun; (3) walau apa pun atau walau apa-apa pun. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah:
1) walaupun
2) apa pun
3) walau apa pun
Ejaan15.07.2024
walaubagimanapun atau walau bagaimanapunEjaan yang betul ialah walau bagaimanapun Ejaan12.01.2017
walau ke pulau manapun kita dihanyut ATAU dihanyutkan?Jawapan yang betul ialah "walau ke pulau manapun kita dihanyutkan"Sastera28.01.2022
Kata "walau bagaimanapun" agak panjang. Bolehkah ia disingkat kepada "bagaimanapun"? Apakah ada sinonim lain? TK

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020)  halaman 171 dan 2506 bagaimanapun dan walau bagaimanapun digunakan untuk menambah maklumat yang kelihatan berbeza atau yang bercanggah daripada maklumat yang dinyatakan sebelumnya.

Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Bagaimanapun dan walau bagaimanapun juga boleh digantikan dengan perkataan walau apa cara sekalipun dan walaupun begitu.

Tatabahasa25.07.2024
"Walau bagaimanapun" atau "Walaubagaimana pun" yang mana lebih tepat?Ejaan yang betul ialah "Walau bagaimanapun". Ejaan02.01.2025
Saya nak Tanya, perkataan walau bagaimanapun boleh diguna pakai lagi ke atau telah ditukar kepada bagaimanapun.Kata bagaimanapun dan walau bagaimanapun, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa09.05.2016
Tuan, boleh atau tidak menggunakan kata hubung seperti " kendatipun" atau ,"walau bagaimanapun" dalam surat rasmi?Perkataan "walau bagaimanapun" boleh digunakan dalam surat rasmi. Perkataan "kendatipun" hanya digunakan dalam persuratan lama dan dalam cerita hikayat.  Tidak ada hukum tatabahasa yang menghalang penggunaan perkataan "kendatipun" dalam surat rasmi, namun setakat ini tiada penggunaan perkataan tersebut dirakamkan dalam surat-surat rasmi.Pembinaan Bakat01.03.2019
SAYA INGIN BUAT PENGESAHAN TENTANG EJAAN BAGI PERKATAAN : 1. WALAU BAGAIMANAPUN 2. WALAUBAGAIMANAPUN YANG MANA SATUKAH EJAAN YANG BETULEjaan yang betul ialah "walau bagaimanapun".Ejaan24.06.2016
Pihak kami sedang menyiapkan buku bertajuk Kod Etika dan Tatalaku. Walau bagaimanapun terdapat sedikit ketidakpastian, iaitu ejaan yang mana adalah betul; Tatalaku atau Tatakelakuan? Menurut laman Web DBP, penggunaan Tatakelakuan adalah yang betul. Walau bagaimanapun, menurut mengikut Akta Badan-Badam Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Sebagaimana pada 22 Oktober 2021), penggunaan Tatalaku adalah yang betul. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian terima kasihIstilah yang telah digubal bersama-sama pakar ialah "tatakelakuan", khususnya dalam bidang Pentadbiran dan Sains Politik. Namun begitu, kata "tatalaku" turut digunakan dalam penggunaan masyarakat dari tahun 2000 dengan makna yang sama. Istilah09.08.2024
Assalamualaikum tuan. Antara ayat berikut, yang mana satukah yang paling tepat? 1. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walau dilarang oleh para sahabat. 2. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walau dilarang oleh para sahabat. 3. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. 4. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walaupun dilarang oleh para sahabat. Terima kasih saya dahulukan. Ayat yang betul ialah Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. Tatabahasa02.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas