walaubagimanapun atau walau bagaimanapun | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun | Ejaan | 12.01.2017 |
"Walau bagaimanapun" atau "Walaubagaimana pun" yang mana lebih tepat? | Ejaan yang betul ialah "Walau bagaimanapun". | Ejaan | 02.01.2025 |
Tuan, boleh atau tidak menggunakan kata hubung seperti " kendatipun" atau ,"walau bagaimanapun" dalam surat rasmi? | Perkataan "walau bagaimanapun" boleh digunakan dalam surat rasmi. Perkataan "kendatipun" hanya digunakan dalam persuratan lama dan dalam cerita hikayat. Tidak ada hukum tatabahasa yang menghalang penggunaan perkataan "kendatipun" dalam surat rasmi, namun setakat ini tiada penggunaan perkataan tersebut dirakamkan dalam surat-surat rasmi. | Pembinaan Bakat | 01.03.2019 |
Saya nak Tanya, perkataan walau bagaimanapun boleh diguna pakai lagi ke atau telah ditukar kepada bagaimanapun. | Kata bagaimanapun dan walau bagaimanapun, kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 09.05.2016 |
SAYA INGIN BUAT PENGESAHAN TENTANG EJAAN BAGI PERKATAAN : 1. WALAU BAGAIMANAPUN 2. WALAUBAGAIMANAPUN YANG MANA SATUKAH EJAAN YANG BETUL | Ejaan yang betul ialah "walau bagaimanapun". | Ejaan | 24.06.2016 |
Pihak kami sedang menyiapkan buku bertajuk Kod Etika dan Tatalaku. Walau bagaimanapun terdapat sedikit ketidakpastian, iaitu ejaan yang mana adalah betul; Tatalaku atau Tatakelakuan? Menurut laman Web DBP, penggunaan Tatakelakuan adalah yang betul. Walau bagaimanapun, menurut mengikut Akta Badan-Badam Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Sebagaimana pada 22 Oktober 2021), penggunaan Tatalaku adalah yang betul. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian terima kasih | Istilah yang telah digubal bersama-sama pakar ialah "tatakelakuan", khususnya dalam bidang Pentadbiran dan Sains Politik. Namun begitu, kata "tatalaku" turut digunakan dalam penggunaan masyarakat dari tahun 2000 dengan makna yang sama. | Istilah | 09.08.2024 |
Kata "walau bagaimanapun" agak panjang. Bolehkah ia disingkat kepada "bagaimanapun"? Apakah ada sinonim lain? TK | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 171 dan 2506 bagaimanapun dan walau bagaimanapun digunakan untuk menambah maklumat yang kelihatan berbeza atau yang bercanggah daripada maklumat yang dinyatakan sebelumnya. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Bagaimanapun dan walau bagaimanapun juga boleh digantikan dengan perkataan walau apa cara sekalipun dan walaupun begitu. | Tatabahasa | 25.07.2024 |
Salam. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan ayat. 1) Kerajaan telah mula meratifikasikan CEDAW seawal tahun 1995 atau Kerajaan telah meratifikasikan CEDAW seawal tahun 1995? 2) Walau bagaimanapun, sehingga ke saat ini kerajaan masih belum menilai semula undang-undang yang berkaitan isu kewarganegaraan atau Walau bagaimanapun, sehingga kini kerajaan belum menilai semula undang-undang yang berkaitan isu kewarganegaraan? Terima kasih atas perhatian diberikan. | Kedua-dua ayat ini betul dan merupakan pilihan kepada pengguna untuk digunakan. Sedikit pembetulan: sehingga saat ini (tanpa ada "ke"). | Tatabahasa | 03.04.2019 |
1.Mohon pencerahan berkenaan perkataan kata penghubung/ kata keterangan yang tepat: Bagaimanapun atau Walau bagaimanapun atau kedua - dua boleh? 2. Mohon pencerahan penggunaan kata penghubung yang tepat: Kursus berkenaan diaddakan dari 10 hingga 15 Mei 2021 atau pada 10 hingga 15 Mei 2021 atau Bagaimana? Sekian, terima kasih. | Kata hubung "bagaimanapun" dan "walau bagaimanapun", kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat. Kedua-dua kata hubung "dari" dan "pada" boleh digunakan mengikut konteks ayat contohnya, Kursus berkenaan akan/telah diadakan dari 10 hingga 15 Mei 2021 atau pada 10 hingga 15 Mei 2021. | Tatabahasa | 04.05.2021 |
Aplikasi mudah alih mempunyai pengguna yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kualiti aplikasi mudah alih adalah masalah yang diketahui. Oleh itu, ujian yang lebih baik telah dijalankan iaitu penyelidikan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik. Pertama, mengenal pasti teknik mutasi untuk aplikasi mudah alih. Kedua, mengenal pasti pengendali mutasi untuk aplikasi mudah alih yang akan membuat aplikasi mudah alih mempunyai kualiti yang baik. Akhirnya, pengendali mutasi sesuai akan dilaksanakan dengan kes ujian aplikasi mudah alih. Ini adalah bermasalah kerana kekurangan pendekatan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih. Dengan sebab itu, kajian ini mencadangkan pengusaha mutasi sesuai untuk aplikasi mudah alih. | 1. Apakah yang dimaksudkan dengan aplikasi mudah alih? Adakah maksud yang ingin disampaikan ialah Telefon mudah alih? 2. Walau bagaimanapun, terdapat masalah dalam aplikasi ini (atau terdapat masalah dalam telefon mudah alih ini). 3. Apakah maksud mutasi dalam ayat ini? Mutasi dalam bahasa Melayu bermaksud perubahan pada bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dan sebagainya) yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dalam satu kata yang dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yang berhampiran. | Lain-lain | 17.05.2017 |