walaubagaimanapun adakah disambung? | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. | Ejaan | 06.11.2017 |
walaubagaimanapun atau walaubagaimana pun? | Ejaan yang betul ialah "walau bagaimanapun". | Ejaan | 14.09.2011 |
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikut | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari. 2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP. | Ejaan | 18.05.2011 |
Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini. | Soalan puan tidak jelas, sila hubungi kami semula dan sertakan penjelasan soalan tersebut. | Tatabahasa | 02.10.2010 |
Perkataan "walaubagaimanapun" dekat atau jauh? | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. | Ejaan | 14.07.2012 |
perkataan walaubagaimanapun ada jarak@tidak antara walau dengan bagaimanapun? | Padanan ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. | Tatabahasa | 16.12.2009 |
PENULISAN PERKATAAN WALAUBAGAIMANAPUN JAUH ATAU RAPAT? TERIMA AKSIH | Ejaan yang tepat ialah Walau bagaimanapun. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 30.10.2019 |
YANG MANAKAH BETUL ...WALAUBAGAIMANAPUN ATAU WALAU BAGAIMANAPUN? | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. | Tatabahasa | 30.01.2014 |
- walau bagaimanapun dan walaubagaimanapun, yang manakah betul.mengapa? - 'pada' waktu atau 'di' waktu yang betul?mengapa? | Saudara Nur Adibah, Yang betul ialah 'walau bagaimanapun' dan 'pada waktu'. | Tatabahasa | 17.04.2010 |
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini. | Puan Rozita, Ayat yang betul ialah - Walau bagaimanapun, pihak kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan kod ini tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung mengikut akta atau peraturan jika kod ini diterima pakai. | Tatabahasa | 04.10.2010 |