Assalamualaikum. 1. Apakah perbezaan penggunaan kata ' walhal' dan 'meskipun' Terima kasih. | Walhal sama makna dengan padahal, meskipun dan sungguhpun: contohnya, Ia masih belum memahami masalah itu, walhal/padahal/meskipun/sungguhpun sudah berkali-kali diterangkan. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Puan, Apakah perbezaan antara " walaupun", " sungguhpun" dan "walhal". Tolong jelaskan. Terima kasih. | Sungguhpun, walaupun, walhal, mahupun, meskipun dan kendatipun adalah sebahagian daripada kata hubung keterangan yang yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Tiada perbezaan dalam penggunaan perkataan tersebut. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Mengapakah tiada entri untuk kata 'kebudian' walhal ada digunakan dalam takrif termakan/makan dalam PRPM? | Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. | Lain-lain | 15.03.2019 |
Mengapakah istilah 'dill' dipadankan dengan 'dil' walhal 'dill seed' dipadankan dengan 'adas manis'? Memandangkan dill merujuk kepada daun manakala dill seed pula merujuk kepada biji, bukankah dill sepatutnya daun adas (manis)? | Untuk makluman, maksud kata umum berbeza dengan istilah kerana istilah dibina berdasarkan bidang. | Istilah | 25.01.2018 |
Mengapakah melikwidasikan dieja sebegitu dan bukannya melikuidasikan walhal Kamus Besar Bahasa Indonesia mengejakannya dengan ui bukan wi? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat yang dapat kami berikan berhubung dengan pertanyaan tuan. Kamus Dewan menyenaraikan maklumat tentang makna kata dan contoh penggunaan ayat, namun tidak ada maklumat tentang pembentukan kata. | Lain-lain | 23.06.2018 |
kenapa penggunaan 'ia' hanya boleh digunakan untuk manusia walhal sudahpun terdapat perkataan 'dia' yang hanya untuk manusia juga? saya keliru kerana saya selalu menggunakan 'ia' dalam karangan untuk menunjukkan subjek bukan manusia . boleh tolong terangkan? | Perkataan ia ialah kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Oleh itu perkataan ia bukan hanya digunakan untuk manusia tetapi juga untuk yang bukan manusia. Sila rujuk Bab 6 buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 15.03.2009 |
Mengapakah kata 'diayah' dianggap baku dan 'dakyah' tidak baku walhal dalam korpus DBP sendiri kata dakyah melebihi penggunaan diayah? Apakah hujah memilih diayah sebagai ejaan baku? (yang langsung tidak mencerminkan penggunaan lazim masyarakat). | Perkataan diayah ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Ejaan diayah dianggap baku kerana pembentukan ejaan ini mengikut pedoman/ panduan yang ditetapkan dalam buku Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi edisi kedua terbitan DBP. Ejaan dakyah wujud sebelum ini dan terakam dalam korpus DBP kerana ia lazim digunakan dalam masyarakat dan pada waktu tersebut belum wujud Pedoman Transliterasi perkataan Arab ke ejaan Rumi. | Ejaan | 21.11.2018 |
Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas, popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja). | Makna | 19.06.2018 |
permohonan saya pada 27hb masih lagi dalam proses pengesahan walhal permohonan yang selepas nya telah diluluskan. | Untuk semakan iklan dengan lebih cepat, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-2147 9692/9500 (Puan Putri Aishah) | Lain-lain | 28.02.2017 |
Apakah beza DEfinisi dan definasi? wujudkah istilah dalam BM definasi walhal KAmus DEwan tidak menyebutnya... Knapa fenomena 'definasi' semakin banyk digunakan jika kesahihan penggunaannya yang kabur sumbernya.. | Perkataan yang betul ialah definisi, iaitu terjemahan daripada definition. Perkataan difinasi dianggap salah dan penggunaanya di dalam teks tidak gramatis. Kini penggunaan definisi semakin mantap dan perkataan definasi telah diketahui oleh umum sebagai tidak gramatis. | Tatabahasa | 25.09.2012 |