Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wal.ha.sil] | والحاصل

Definisi : 1. dan hasilnya, kesudahannya, ke­simpulannya: maka panjanglah borak dan bual kedua-dua orang perempuan itu, ~ apabila perempuan berjumpa sama-sama perempuan macam-macamlah jadi; 2. sebenarnya, pd hakikatnya: pd namanya saja mereka itu Islam, ~ pd amalannya mereka menyimpang drpd ajaran Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wal.ha.sil] | والحاصل

Definisi : 1 dan hasilnya; kesudahannya. 2 sebenarnya; pd hakikatnya: Namanya saja Melayu, ~ bertutur dlm bahasa Melayu pun ia pelat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
walhasil (kata tugas)
1. Bersinonim dengan hasilnya: kesudahannya, kesimpulannya,

2. Rujuk walaupun



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan walhasil digunakan sebagai penanda wacana, menggantikan perkataan kesimpulannya?Dalam penulisan umum, kami cadangkan tuan menggunakan perkataan lazim dan mudah difahami umum seperti kesimpulannya, akhirnya dan kesudahannya.Tatabahasa01.09.2013
"ia" ialah perkataan ganti nama diri ketiga. Namun ramai penulis menggunakan 'ia' di dalam ayat dengan tujuan memudahkan penulis merujuk kepada subjek atau isu yang diperbincangkan tanpa perlu mengulang-ulang subjek/isu walhasil memanjangkan ayat tersebut. Di dalam konteks ini, ramai penulis mengguna 'ia' untuk mengganti 'it', dan penggunan sedemikian rupa bertaburan di dalam penulisan-penulisan teknikal. Harap DBP perjelaskan penggunaan ayat 'ia' yang betul.

Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.

Tatabahasa15.09.2011

Kembali ke atas