Wan Yusof Wan Jeffery SUN 9:58PM Wan Yusof Wan Jeffery Wan Assalamualaikum Tuan, saya ingin membuat tempahan buku Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri oleh Pendita Za'ba. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku itu? | Wslm. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 25.09.2016 |
Wan Hanif Wan Hamid Aug 7th, 5:08pm Assalamualaikum wbt encik/puan admin. Saya Wan Hanif Wan Hamid dari Kuantan, merupakan salah seorang pemenang Hadiah Sastera Penulis Muda 2014 pada 4 Ogos 2015 tempoh hari. Saya ingin bertanya, bolehkah sekiranya saya ingin mendapatkan senarai penuh nama pemenang beserta judul karyanya? Sebab kami tidak diberikan sebarang buku atur cara melainkan kertas kehadiran untuk ditandatangani. Terima kasih. | Sila hubungi urus setia pertandingan di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP, Puan Nor Atikah Buang, di talian 03-21479000 atau e-mel noratikah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 07.08.2015 |
Adakah panggilan hormat bagi gelaran akademik Doktor (Dr) seperti Dr. Wan Azli Wan Hassan digelar sebagai Yang Berusaha Dr. Wan Azli Wan Hassan? Sekian, terima kasih. | Selamat pagi. Bagi soalan pertama, gelaran bagi akademik Doktor ialah tuan/puan termasuk dalam isi surat. Saya tidak jelas bagi soalan kedua tuan. Harap maklum. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.05.2016 |
Wan Baharudin Wan Ismail 11hb September Apakah gaya bahasa Indonesia "ditemukan" (sebenarnya "ditemui") kini diterima sebagai Bahasa Malaysia? cth : "Hasil pemeriksaan, sebilah parang telah DITEMUKAN." | Ditemukan ialah bentuk pasif menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Perkataan menemukan/ditemukan lazimnya digunakan bagi menterjemahkan maksud find dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.09.2017 |
Wan ShahirahView Profile Actions TUES 17:50 Wan Shahirah Wan salam boleh tak saya nak minta email DBP untuk hantar resume latihan industri | Untuk pertanyaan mengenai tentang latihan industri boleh hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui talian 03-21479693 (Azhar bin Mohamad Dora). | Lain-lain | 15.11.2016 |
saya Wan Asnah Wan Mahmud,belajar di universiti Fatoni, ingin bertanya DBP perkataan "zalim" berasal dari bahasa apa?dan apakah pengertiannya? | Perkataan "zalim" mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak berperikemanusiaan, tidak adil,bengis dan kejam. Asal daripada perkataan Arab iaitu "lalim". | Tatabahasa | 22.09.2014 |
Wan Suhaila MON 09:39 Assalamualaikum. Saya Wan Siti Nursuhaila Wan Ab Halim, pelajar dari UiTM Melaka kampus Alor Gajah ingin menemu bual syarikat penerbitan tuan/puan untuk kaji selidik bagi subjek publishing kami. Segala maklum balas dan maklumat lanjut tentang kaji selidik ini bolehlah tuan/puan hubungi saya di talian 011-14891227 atau email wansitinursuhailasuhaila@gmail.com | Waalaikumussalam. Untuk membuat kaji selidik tersebut, puan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21479494, e-mel: khalik@dbp.gov.my. | Lain-lain | 06.02.2017 |
Che Wan Hasmah WED 17:45 Che Wan Hasmah Che Wan Assalamualaikum. Bagaimana cara saya ingin memohon sumbangan kamus untuk sekolah dengan pihak tuan . Siapa yang boleh saya hubungi. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my. Selain itu, tuan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 05.10.2016 |
Saya ingin memohon pihak DBP untuk menyemak terjemahan Bahasa Malaysia dokumen yang dilampirkan. Terima kasih. Wan Azah Wan Ismail Epson Precision Malaysia Sdn Bhd. | Untuk makluman tuan, penyemakan dokumen yang melibihi satu perenggan (tidak melebihi 5 baris dengan font saiz 12) dikenakan bayaran. Jika puan memerlukan maklumat lanjut, hubungi pegawai kami Puan Rohayu Ismail melalui talian 03-21479400 atau e-mel ayu@dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.10.2017 |
Wan Kapwaubis Nov 16th, 2:22pm Hai Nak tanya Ayat PRASISWAZAH satu ayat keb atau PRa Siswazah | Ejaan yang betul ialah Prasiswazah. | Ejaan | 16.11.2014 |