Tuan,ayat mana yang betul? 1)Wap air kelihatan seperti awan jika diperhatikan. 2)Wap air jika diperhatikan, kelihatan seperti awan. | Ayat (1) Wap air kelihatan seperti awan jika diperhatikan. | Tatabahasa | 29.08.2014 |
Tuan/Puan, Saya menulis emel ini bertujuan untuk menyatakan pertanyaan saya tentang kitaran air semula jadi yang terdapat dalam buku teks Sains Tahun 5 SK, m/s 162-163. Saya mendapati isi kandungan yang disampaikan tidak sama dengan buku teks Sains Tahun 5 SJK. Berikut merupakan perbandingan versi SK dan SJK bagi tajuk kitaran air semula jadi: SK Air menyejat menjadi wap air. -> Wap air terkumpul menjadi awan. -> Awan terkondensasi menjadi hujan. SJK Air menyejat menjadi wap air.(Penyejatan) -> Wap air terkondensasi menjadi titisan air.(Kondensasi) -> Titisan terkumpul menjadi awan. -> Titisan air dalam awan menjadi berat dan menurun, maka membentuk hujan. (kerpasan) Saya harap boleh mendapat penerangan yang selanjut atau apa-apa sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan supaya pertanyaan ini dapat diselesaikan, pada masa yang sama juga memberi maklumat yang benar dan tepat kepada murid-murid. Sekian. *Buku teks yang dinyatakan merujuk kepada buku teks KSSR | Kami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my atau Pegawai Kanan Bahagian Buku Sekolah, Puan Zaiton binti Ismail melalui talian/e-mel 03-21479541/zaiton3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 28.01.2015 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara "kelembapan" dan "lembapan"? Mohon maklumat penggunaan frasa berkenaan. Terima kasih pihak DBP. | Kelembapan bermaksud keadaan yang lembap, perihal lembap (tidak kering). Contoh penggunaan ialah kabus di hutan itu tebal kerana kelembapannya tinggi. Lembapan pula bermaksud (banyak sedikitnya) wap air yang terkandung dalam udara. Contoh penggunaan perkataan lembapan ialah hujan asid berpunca daripada percampuran asap yang dibebaskan dari kilang, asap kereta dan sebagainya dengan lembapan udara. | Makna | 04.03.2019 |
Soalan ini mengenai keupayaan jenis kain, iaitu 'breathable'. Bolehkah saya menterjemahkan 'Breathability is the ability of a fabric to allow moisture vapor to be transmitted through the material' kepada 'Kebolehnafasan adalah keupayaan kain dalam membolehkan lembapan wap dipancar melalui kain tersebut'. Jadi, bolehkah saya terjemah 'breathable cloth' sebagai 'kain boleh nafas'? Terima kasih. | Salam Sejahtera. Kami mencadangkan terjemahannya adalah seperti yang berikut: Kebolehnafasan ialah keupayaan kain/fabrik untuk memindahkan wap air melalui bahan tersebut. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.10.2017 |
Perbezaan makna kukus, rebus, bakar dan goreng. | Assalamualaikum, Merujuk kepada soalan puan, perbezaan makna perkataan kukus, rebus, bakar dan goreng dijawab berdasarkan penggunaan kata dalam bidang masakan: 1. kukus (makna ke-4 lihat mengukus) Makna mengukus - memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih Contoh ayat - Memasak dengan cara mengukus dapat mengekalkan rasa dan zat bahan yang digunakan dalam sesuatu makanan. 2. rebus (makna ke-2 lihat merebus) Makna merebus - memasak (sesuatu) dalam air yang mendidih supaya masak, empuk dan sebagainya Contoh ayat - Nenek merebus jagung yang sudah dibuang kulitnya. 3. bakar (makna ke-2 lihat membakar) Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya. 4. goreng (makna ke-3 lihat menggoreng) Makna menggoreng - memasak (telur, ikan, ayam dan sebagainya) dengan memasukkannya ke dalam kuali atau periuk yang mengandungi minyak Contoh ayat - Kak Halimah menggoreng pisang nangka. Puan disarankan merujuk Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kata. Terima kasih. | Makna | 02.11.2024 |
Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih. | Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih. Dalam bidang Geografi - Kapal laut yang menggunakan tenaga wap. Makna dalam kamus pula, Laut -bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera); laut pula air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi. Maka secara harfiahnya, 'kapal laut' ialah bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera) yang digunakan di laut masin. | Istilah | 28.05.2013 |