Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ra] | وارا

Definisi : ; wara-wara pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wara
Kata Terbitan : wara-wara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan "wara-wara" bermaksud pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan. Bagaimana pula dengan perkataan "wara"? Apa maksud perkataan itu?Dalam bidang sukan, "wara" bermaksud depan.Makna04.06.2014
Salam sejahtera. Adakah ejaan "wara-wara" setelah menerima imbuhan apitan seperti ini "mengwara-warakan"? Mohon penjelasan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah mengwara-warakan, contoh penggunaannya: 

Sila rujuk stesen radio yang mengwara-warakan isu tersebut.
Ejaan29.10.2022
1. Perkataan "wara" ialah kata nama atau kata sifat atau sebagainya? 2. Perkataan Inggeris "translingual" bermaksud diterima oleh kebanyakan bahasa contohnya "cm" . Adakah "translingual" dalam Melayu ialah "rentas bahasa" atau lain?1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wara sama maksud dengan wara-wara, pemberitahuan , pengumuman dan pengisytiharan. Berdasarkan maksud tersebut, war-war merupakan kata nama.

2. Tidak ada maklumat tetang translingual dalam data kami. Melalui carian kami di internet, translingual boleh membawa beberapa maksud antaranya,  wujud dalam pelbagai bahasa atau  mempunyai makna yang sama dalam banyak bahasa.
Tatabahasa09.06.2014
boleh ke perkataan diwara-warakan digunakan untuk menggantikan kata diuar-uarkan? yg mana satu lebih tepat? atau kedua-duanya boleh digunakan?

Perkataan wara-wara sama makna dengan uar-uar, iaitu pengumuman. 

Tatabahasa26.08.2010
Betulkah perkataan 'diwara-warakan' digunakan untuk menggantikan perkataan 'diuar-uarkan' ? saya rujuk kamus tidak ada, tetapi seorang guru cemerlang pernah memberitahu bahawa diuar-uarkan tidak boleh digunakan lagi.Kata wara-wara tidak menggantikan uar-uar, kedua-duanya mebawa maksud pengumuman dan boleh digunakan.Tatabahasa18.03.2008
1. Adakah perkataan war-war / mewar-warkan boleh digunakan dalam ayat sebagai pemberitahuan atau menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang ramai. 2. Bagaimanakah ayat yang sesuai digunakan untuk perkataan tersebut.

Perkataan/ejaan yang betul ialah uar-uar, menguar-uarkan atau wara-wara, contoh penggunaannya: Adat lama yang diuar-uarkan Belanda tidak lagi dipakai setelah kedatangan Islam.

Tatabahasa28.05.2012
perkataan jerayawara berasal dari bahasa apa? atau dipinjam dari mana-mana bahasa?
Jerayawara terhasil daripada gabungan perkataan jeraya mengikut bahasa Melayu Sarawak yang bermaksud jalan raya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wara sama maksud dengan wara-wara, pemberitahuan , pengumuman dan pengisytiharan. 
Tatabahasa22.01.2021
Apabila saya merujuki Kamus Dewan Edisi Keempat, saya dapati “wara” ialah kata akar. Adakah “wara” morfem terikat dan segolongan dengan “anai”? Jikalau benar, adakah pembentukan perkataan yang menggunakan “wara” seperti “jerayawara” dan “bicarawara” dapat dipertahankan?Jerayawara dan bicarawara merupakan istilah khusus dan padanan bahasa Melayu bagi roadshow dan talkshow.Tatabahasa23.02.2009
sila semak, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, warawiri atau wara-wiri, fatamorgana atau fata morgana apakah maksud kausa dan lokatif berikan contoh kata kerja yg disertakan dengan imbuhan, men---kan atau men---i yang membawa maksud kasatif atau lokatif berikan contoh bagi kata kerja yang sama imbuhannya tetapi selepasnya, membezakan benda bernyawa atau tidak berkan contoh bagi kata kerja yang sama imbuhannya yang kalau diganti sesama sendiri masih tidak mengubah maksud perkataan berkenaanEjaan yang betul ialah apa pun, seperti mana, warawiri dan fatamorgana. Maksud kausatif ialah (Lin) berkenaan bentuk kata kerja transitif yg berakhiran -kan yg mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (mis dlm ayat Ali membesarkan rumah, -kan dlm kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar). Contoh kata kerja yg disertakan dengan imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i yang membawa maksud kausatif atau lokatif ialah menghadiahi dan menghadiahkan. Contoh kata kerja yang menerima imbuhan meN-...-kan dan meN-...-i serta boleh silih berganti tanpa mengubah maksud perkataan berkenaan seperti Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.Tatabahasa29.08.2007
Ejaan perkataan yang sebenarnya patut diguna bagi ayat berikut: 'Maklumat tersebut boleh di war-warkan/diuar-uarkan/wara?(perkataan ini dijumpai dalam Kamus Dewan Edisis Keempat). Terima kasih.Yang betul diuar-uarkan.Ejaan13.12.2007
12

Kembali ke atas