TUAN MOHON SEMAKAN TUAN ADAKAH BETUL PENGGUNAAN AYAT BERIKUT:- Saya bagi pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja RHSB merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah XXX. | Ayat yang betul: Saya bagi pihak pengurusan dan seluruh warga kerja RHSB merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada tuan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah XXX. | Tatabahasa | 24.07.2020 |
Mohon semak adalkah betul penggunaan ayat berikut: 1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai kemajuan kerjaya pegawai dan warga kerja IKIM. ayat yang dibold kan itu salah ke betul atau lewah? Mohon pencerahan. terima kasih. | Salam sejahtera, Puan, Ayat tersebut lewah. Ayat yang betul: Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai kemajuan kerjaya pegawai dan warga kerja IKIM. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.08.2017 |
taladan akhlak atau akhlak yang diteladani Contoh ayat: Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui teladan akhlak. | Ayat yang betul: 1. Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui teladan akhlak. 2. Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui akhlak yang diteladani. | Tatabahasa | 07.05.2025 |
Ini bukan soalan...hanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN pada semua warga kerja DBP...terima kasih yg tidak terhingga kerana banyak membantu selama ini...Balik kampung tu, berhati-hatilah..Semoga selamat sampai ke destinasi, pergi dan balik... | Terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54. | Lain-lain | 26.08.2011 |
mohon semak Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Dengan Setulus Ikhlas daripada, Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja. | Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian ... (masukkan nama perasmi) merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Setulus Ikhlas daripada Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja TNB. | Lain-lain | 02.01.2020 |
apa perbezaan warka kerja & anggota kerja ayat yang ingin saya bina adalah seperti di bawah: seorang anggota kerja yang menjalankan tugas sebagai penyambut tetamu @ seorang warga kerja yang menjalankan tugas sebagai penyambut tetamu | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "anggota" ialah ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dan lain-lain. Perkataan "warga" pula bermaksud ahli (suatu keluarga, syarikat, dan lain-lain). Kedua-dua perkataan ini adalah sinonim. Berdasarkan ayat yang mahu dibina, penggunaan kata "warga" lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan perihal penyambut tetamu. | Makna | 03.10.2017 |
Tuan DBP, hanya nak ucapkan Selamat Ulang Tahun 65 | Salam sejahtera Darren, Ucapan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ke-65 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Sehubungan dengan itu, warga kerja Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak tuan atas ucapan yang diberikan. Teruskanlah menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa kebangsaan."Bahasa Jiwa Bangsa". Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 19.06.2021 |
Aslmkum tuan... 1. Sesuaikah sy menggunakan kata 'Panitia' bagi menggantikan kata 'Badan' untuk kata nama khas bagi Panitia Amal dan Khairat Anggota Teraju di kolej saya? 2. Adakah kata 'Teraju' dlm kata nama khas tersebut boleh mewakili/menggambarkan seluruh warga kerja yg berkhidmat di kolej saya atau hanya mewakili pemimpin atasan sahaja. Sekian, terima kasih | 1. Panitia bermaksud sekumpulan orang yang diberi tugas mengurus sesuatu atau jawatankuasa. Sehubungan dengan itu, jika disesuaikan dengan maknanya, tidak ada masalah jika digunakan. 2. Teraju bermaksud dalam konteks ayat tersebut bermaksud kuasa tertinggi, pucuk pimpinan. | Makna | 02.12.2016 |
saya nak tanya bagaimana nak jadi salah seorang kakaitangan dbp? | Sdr, Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu. Untuk menjadi salah seorang daripada warga kerja DBP, sdr disarankan mengemukakan permohonan untuk mengisi mana-mana jawatan yang sesuai dengan kelayakan sdr yang kami iklankan. Iklan jawatan kosong akan disiarkan dari masa ke masa di dalam akhbar utama tempatan atau sdr juga boleh melayari laman web DBP untuk mengikuti perkembangan keperluan untuk mengisi jawatan di DBP. | Lain-lain | 08.05.2010 |
apakah kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam text tersebut? "Di samping itu, penambahbaikan lain yang diterokai terhadap draf RUU ini ialah untuk memasukkan peruntukan am yang menjelaskan fungsi dan peranan pekerja sosial serta praktis kerja sosial," katanya. Dalam pada itu, Nancy turut mengucapkan selamat Hari Pekerja Sosial Sedunia yang disambut hari ini khususnya buat warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua pekerja sosial diseluruh negara. "Curahan bakti anda semua dalam membantu membentuk kesejahteraan kita rakyat Malaysia amat di hargai," katanya. Hari Pekerja Sosial Sedunia disambut pada setiap Selasa minggu ketiga Mac. | Untuk membantu tuan membuat semakan berkenaan tatabahasa yang betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) atau menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). | Tatabahasa | 05.05.2024 |