Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna? | Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. | Tatabahasa | 20.11.2011 |
Apakah maksud 'Malam Legasi Budaya' | Maksud perkataan legasi ialah peninggalan ataupun warisan, manakala budaya bermaksud tamadun atau peradaban, dan tidak ada dalam sumber rujukan kami maksud keseluruhan frasa tersebut. | Makna | 24.07.2010 |
Adakah pihak DBP terlibat secara langsung dalam memelihara Sumber Sejarah dan Kebudayaan Negara | DBP terlibat secara langsung dalam memelihara sumber sejarah dan budaya negara khasnya warisan ketara dan tak ketara. Bagi warisan tak ketara, DBP memelihara dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, yang juga matlamat utama penubuhan DBP. Pelbagai program juga dilaksanakan untuk memelihara dan mengembangkan penulisan dan sastera Melayu khasnya pantun, syair, gurindam melalui festival, seminar dan bengkel dari peringkat kanak-kanak, dewasa,pelajar dan kakitangan awam serta swasta. Bagi warisan tak ketara, koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan jawi telah tersenarai dalam "Memory of the World Register" pada tahun 2001 sebagai salah satu dokumentari warisan dunia. Sila lawati laman Unesco di http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=23078&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html | Lain-lain | 29.07.2008 |
salam, saya nak tanya pendapat cik/puan/tuan mengenai kempen budi bahasa dalam melestarikan budaya timur. Apakah pendapat cik /puan berdasarkan penyataan tu, adakah adakah budi bahasa tu boleh mengekalkan budaya timur? terima kasih. | Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Lain-lain | 03.03.2009 |
salam satu malaysia.saya pelajar universiti putra malaysia... boleh atau tidak saya hendak minta nombor telefon penulis iaitu Zakaria bin Ariffin.adakah alamat En Zakaria yang ada dalam maklumat ini adalah betul atau beliau telah berpindah. saya amat memerlukan maklumat ini. | Encik Zakaria Ariffin kini bertugas sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau nama singkatannya ASWARA. Sila hubungi agensi tersebut untuk mendapatkan nombor telefon beliau. | Lain-lain | 05.04.2010 |
KETERANGAN BUDI BAHASA BUDAYA BANGSA | Budi bahasa lazimnya merujuk 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentas individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur Kempen Budi Bahasa atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Lain-lain | 30.03.2009 |
Seseorang yang namanya bermula dengan gelaran warisan seperti Raja, Tengku, Tunku, dan sebagainya biasanya kita memanggil mereka dengan panggilan hormat sebagai 'Yang Mulia' (YM) dan bukannya encik. Tetapi dalam bahasa Inggeris, apakah gelaran yang perlu kita gunakan dalam konteks Malaysia? Adakah "Mr. Tengku Nazri" atau masih "YM Tengku Nazri"? | Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menangani permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Inggeris adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanpun sedikit maklumat yang dapat kami berikan, jika budaya berbahasa Melayu ingin dikekalkan dalam teks bahasa Inggeris, maka penggunaan YM Tengku Nazir boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Saya sedang menjalankan satu projek pengumpulan cerita-cerita rakyat tempatan/peribumi Sabah dan SARAWAK dengan bantuan pelajar-pelajar saya. Kami akan menganjurkan Malam Senandong Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi pada 10.10.2010 dan Program Sehati Sejiwa 1Malaysia pada 20.10.2010. Adakah pihak DBP sudi membantu terutama dari segi kewangan serta membukukan cerita-cerita dan puisi rakyat yang kami kumpulkan sebagai koleksi warisan bangsa? | Sdr. yang dihormati, Pertamanya diucapkan tahniah dan syabas kepada sdr. kerana merancang dan berusaha untuk melaksanakan projek pengumpulan cerita-cerita rakyat Sabah dan Sarawak dan menganjurkan Malam Senandung Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi. Berhubung dengan bantuan kewangan dari DBP yang sdr. maksudkan maka sdr. tulislah surat dan diajukan surat tersebut kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sekiranya cerita-cerita rakyat dan puisi rakyat yang dikumpul sudah lengkap( sebagai sebuah manuskrip) dengan kajian, kata pengantar dan bibliografinya maka bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 02.10.2010 |
Salam....saya ingin mencadangkan agar DBP lebih aktif dalam menganjurkan lebih banyak pertandingan menulis esei terutamanya yang bersifat akademik yang mampu mencabar keupayaan daya fikir pelajar IPT di Malaysia.Saya dapati pertandingan seperti ini amat kurang di anjurkan dan juga kurang publisiti.Mohon kerjasama agar hal ini dapat diberi perhatian agar langkah yang sewajarnya diambil bagi memperkasakan daya intelektual mahasiswa tempatan.sekian | Waalaikumusalam wbk. Ribuan terima kasih atas cadangan menarik daripada sdr itu. Pihak kami akan mengetengahkan cadangan sdr itu untuk perhatian dan tindakan Jabatan/Bahagian yang berkaitan dalam DBP. Bagi mengetahui dan mengikuti aktiviti semasa DBP, pihak kami juga mengalu-ngalukan agar dari semasa ke semasa pihak sdr dapat melayari laman web DBP iaitu http://www.dbp.gov.my. Berhubungan dengan program pertandingan, buat kali ketiga pada tahun ini, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan program Akademi Sastera 2010 pada 28 Oktober 2010 (Khamis), pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Program ini melibatkan penyertaan sembilan (9) buah universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan penyelidik sastera dan memupuk kemahiran berkomuniksi serta penggunaan kaedah penyampaian ilmu kritikan sastera di kalangan pelajar IPTA. Dalam hal ini, pihak kami mengalu-ngalukan kehadiran sdr dan pelajar-pelajar IPTA yang lain untuk turut serta ke dalam program Akademi Sastera ini. Sekian dimaklumkan, terima kasih. Wassalam. | Lain-lain | 19.10.2010 |
salam, apakah makn bahasa ekonomik? Adakah perkataan nak, tak, la tergolong dalam bahasa ekonomik? | Adakah saudara maksudkan nilai ekonomi bahasa? Walau bagaimanpun tidak ada maklumat tentang konsep tersebut dalam pangkalan data kami. Contoh yang diberikan seperti nak dan tak iialah kependekan bagi perkataan hendak dan tidak yang lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Untuk membantu saudara mendapatkan maklumat tentang nilai ekonomi bahasa, beberapa artikel boleh dirujuk, iaitu: Nilai ekonomi bahasa Melayu | Mohd. Salleh Majid | Berita Harian (Sastera dan Budaya) | 23.09.2000 | Langkah beri nilai ekonomi kepada bahasa | Amir Tan | Warisan Nasional | 10.06.1990 | Bahasa Melayu dan nilai ekonomi | Mohd. Salleh Abd. Majid | Berita Harian | 14.07.1993 | Bahasa Melayu kegagalan nilai ekonomi gugat martabat | Akhbar: | Utusan Malaysia | 25.10.2004 |
| Lain-lain | 31.05.2012 |