Saya ingin bertanyakan tentang penggunaan ayat yang sesuai untuk Car Warranty. Manakah terjemahan yang paling tepat, Waranti atau Jaminan? Terima Kasih. | Dalam penggunaan umum warranty diterjemahkan kepada jaminan seperti jaminan kereta. Walau bagaimanapun, dalam bidang peristilahan khususnya undang-undang warranty diterjemahkan kepada waranti. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
"Lifetime Warranty" dalam Bahasa Malaysia? | Jika Lifetime policy diterjemahkan kepada polisi sepanjang hayat, kami mencadangkan Lifetime Warranty diterjemahkan kepada Jaminan Sepanjang Hayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.03.2015 |
Salam Soalan saya: adakah tepat dari segi bahasa untuk ayat di bawah? 10 Tahun - Jaminan Ini adalah untuk menonjolkan angka 10 (sebagai 10 tahun jaminan) baru diikuti dengan perkataan Tahun - Jaminan di bawah angka 10 tersebut. Untuk pengetahuan tuan, ini bukan untuk iklan. Ia hanya untuk memastikan sama ada gaya peletakan sedemikian boleh digunakan dan betul dari segi bahasa. Jika tidak, apakah yang sesuai bagi menonjolkan angka 10 sebagai tempoh jaminan. Sekian. Terima kasih. | Struktur ayat yang betul ialah "Jaminan Selama 10 Tahun". Dalam penyataan umum seperti dalam penulisan iklan, lazimnya ditulis Jaminan - 10 Tahun (Bahasa Inggeris: 10 years Warranty). | Tatabahasa | 04.07.2023 |