Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ down, a. make weaker, thinner, membubuh air sedikit: the soup is too thick, I’d better ~ it down, sup itu terlalu pekat, lebih baik saya bubuh air sedikit; b. (fig.) make less forceful, controversial, etc, melembutkan [sst] sedikit: his speech will give offence if he doesn’t ~ it down, teks ucapannya akan menyinggung perasaan sekiranya dia tdk melembutkannya sedikit. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. salivate, terliur, kecur: his mouth ~ed at the sight of such delicious food, dia terliur melihat makanan yg enak itu; the chocolate cake makes my mouth ~, kek coklat itu membuat saya terliur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. fill with tears, berair: peeling onions makes my eyes ~, mengupas bawang membuat mata saya berair; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : test the ~(s), meninjau pendapat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : spend money like ~, menghabiskan wang macam air; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : pass ~, buang air kecil: I’ve difficulty (in) passing ~, saya susah hendak buang air kecil; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : of the first ~, paling + approp adj: he is a genius of the first ~, dia orang yg paling pandai; a diamond of the first ~, berlian yg paling baik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : o’s ~s break, pecah /tuban, ketuban/: get her to hospital before her ~s break, bawa dia ke hospital sebelum dia pecah tuban; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : like ~, (colloq) macam air: champagne flowed like ~ at the party, orang minum champagne macam air di majlis itu; he spends money like ~, dia membelanjakan wangnya macam air; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : get so. into hot ~, (colloq) membuat [sso] mendapat susah; it’s not fair to get her into hot ~, memang tdk adil membuat dia mendapat susah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : by ~, mengikut jalan laut: they went by ~ from Penang to Singapore, mereka pergi mengikut jalan laut dr Pulau Pinang ke Singapura; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : be in deep ~(s), dlm kesusahan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ under the bridge, berlalu: it is all ~ under the bridge now, and you should forget about it, semuanya telah berlalu sekarang dan kamu patut melupakannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 9. state of the tide, air: it’s low ~ now, we’ll have to wait till high ~ to sail, air surut sekarang, kita terpaksa tunggu sehingga air pasang utk belayar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 7. complex or difficult situation, keadaan /sulit, rumit/: we’ll have to face the rough economic ~s, kita terpaksa menghadapi keadaan ekonomi yg rumit dan menyukarkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. (in pl) area of sea belonging to a country, perairan: the ships collided in Malaysian ~s, kapal-kapal itu berlanggar di perairan Malaysia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. liquid essential for plant and animal life, air: to drink a glass of ~, minum segelas air; the city gets its ~ from the reservoir, bandar raya itu mendapat air dr takungan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. drink water, minum air: a pool where the animals ~, sebuah kolam tempat binatang minum air; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 8. a water-based mixture, potion, air: lavender ~, air lavender; tonic ~, air tonik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. body of water such as sea, lake, etc, air: the icy ~s of the lake, air tasik itu yg sangat sejuk; the children dived into the ~ and then swam to the edge, budak-budak itu terjun ke dlm air dan kemudian berenang ke tepi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. supply with drinking water, memberi [binatang] minum: they stopped at the river to ~ the horses, mereka berhenti di sungai itu utk memberi kuda-kuda minum; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. pour water on plant, menyiram: I ~ the plants twice a day, saya menyiram pokok-pokok itu dua kali sehari; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. (in pl) water from mineral spring, air mata air: tourists go to Bath for the ~s, para pelancong pergi ke Bath, krn air mata airnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. a supply of clean water through pipe to houses, etc, air paip: have you turned on the ~?, sudahkah kamu membuka air paip itu?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. surface of an area of water, permukaan air: the boy can swim under ~ now, budak lelaki itu boleh berenang di bawah permukaan air sekarang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. flow through and provide an area with water, mengairi: the country is ~ed by many rivers, negeri itu diairi oleh sungai yg banyak; the Nile, the river that ~s Egypt, Sungai Nil, sungai yg mengairi Mesir; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. (of ship) get or take water, mengisi air: the ship ~ed at the port, kapal itu mengisi air di pelabuhan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata water


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bagi "Packaged drinking water". Dalam ayat di bawah ini ia dipadankan dengan "air minuman berbungkus". Packaged drinking water 360B. (1) Packaged drinking water shall be potable water or treated potable water, other than natural mineral water, that is hermetically sealed in bottles or other packages and is intended for human consumption. Air minuman berbungkus 360B. (1) Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain air mineral semula jadi, yang berkedap dalam botol atau bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia.Padanan packaged drinking water yang sesuai ialah air minuman dalam botol.Istilah18.07.2021
WATER PRESSURETEKANAN AIRIstilah14.01.2011
Melalui semakan kami, “stamp vending machine” dalam PRPM ialah “mesin jual setem” dan terdapat juga padanan bagi “vending machine” ialah “mesin layan diri”. Oleh itu, adakah istilah “water-vending machine” ialah “mesin jual air” atau “mesin air layan diri”? Apakah pula padanan bagi “machine-vended water”? Adakah “vended water” pula ialah air daripada mesin tersebut? Bagaimana pula dengan padanan bagi istilah “self-service machine”? Adakah padanan bagi “bottler” dalam ayat di bawah ini iaitu “pembotol” adalah betul? “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.”.

Kami mencadangkan water vending machine diterjemahkan sebagai mesin air layan diri, manakala machine vended water diterjemahkan sebagai air mesin layan diri. Bagi istilah bottler, puan boleh merujuk cadangan kami sebelum ini.

Kami mencadangkan sebaiknya puan menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) melalui telefon 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk membantu pihak puan. Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan27.07.2021
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut:

1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia.

2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Istilah18.07.2021
Kami ingin bertanya dengan lebih lanjut berkenaan padanan "packaged drinking water" yang dicadangkan "air minuman dalam botol". Ini kerana jika digunakan dalam ayat di bawah ini, ia tidak terhad kepada air yang dibungkus dalam botol sahaja tetapi dengan cara yang lain juga. Oleh itu, adakah boleh jika ia dipadankan dengan air minuman berbungkus atau air minuman dibungkus? “Packaged drinking water 360B. (1) Packaged drinking water shall be potable water or treated potable water, other than natural mineral water, that is hermetically sealed in bottles or other packages and is intended for human consumption. Air minuman berbungkus 360B. (1) Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain air mineral semula jadi, yang berkedap dalam botol atau bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia.”.

Terjemahan yang betul ialah Air minuman dalam botol hendaklah air yang boleh diminum atau air minuman yang dirawat selain air mineral semula jadi, yang terkedap dalam botol atau bungkusan lain, dan menjadi minuman manusia.

Penyemakan dan penterjemahan23.07.2021
Apakah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi water dispenser ? terima kasihDalam pangkalan data istilah DBP, terdapat istilah "chilled water dispenser" yang dipadankan dalam bahasa Melayu sebagai pembahagi air dingin. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "water dispenser" ialah pembahagi air.Istilah10.05.2016
Mohon untuk dapatkan penjelasan istilah Standing Water Dispenser dalam Bahasa Malaysia.Dalam data kami, terdapat istilah chilled water dispenser yang dipadankan dalam bahasa Melayu sebagai pembahagi air dingin. Oleh itu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi standing water dispenser ialah pembahagi air kekal.
Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu bagi sesuatu istilah berdasarkan konsep atau fungsi sesebuah alat tersebut. Jika fungsinya lebih kepada fungsi menapis, alat tersebut boleh dinamakan sebagai penapis air kekal.
Penyemakan dan penterjemahan02.09.2014
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk ungkapan inggeris, 'body of water'? Terima kasih.Dalam pangkalan data kami, tidak terdapat istilah body of water. Walau bagaimanapun, terdapat istilah body water yang padanan bahasa Melayunya ialah air badan, air tubuh atau cecair badan.Istilah19.09.2012
water tanker dalam bahasa melayu ?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah water tanker ialah pengangkut air. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah26.10.2023
Mohon cadangan istilah yang sesuai bagi "fake stoop water flea", sejenis haiwan spesis krustasea. Terima kasih.

Istilah bidang biologi untuk water flea ialah telepuk, iaitu haiwan krustasia yang kecil dan terdapat di dalam kolam, tasik atau parit. 

 

Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan fake stoop water flea dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan fake stoop water flea supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
Istilah20.06.2019
123456

Kembali ke atas