| cara ejaan yang betul bagi wau bulan atau wau Bulan? | Ejaan yang betul ialah wau bulan. | Ejaan | 04.03.2020 |
| Salam, manakah yang lebih betul? Alasannya? 1. Tolong ajar saya cara membuat wau. 2. Tolong ajarkan saya cara membuat wau. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Tolong ajarkan saya cara-cara membuat wau". | Tatabahasa | 12.03.2014 |
| Penjodoh bilangan bagi layang-layang atau wau | Sebuah wau atau layang-layang. | Tatabahasa | 22.02.2007 |
| 1. Bahan-bahan seperti buluh, benang, kertas warna, gam dan pisau kecil yang digunakan untuk membuat wau bulan. 2. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat wau bulan ialah buluh, benang, kertas warna, gam dan pisau kecil. Selamat sejahtera encik/puan, ayat mana yang betul? terima kasih | Ayat yang betul ialah “Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat wau bulan ialah buluh, benang, kertas warna, gam dan pisau kecil.”. | Tatabahasa | 02.10.2025 |
| Wau itu ____ ke dalam sungai setelah talinya tertputus. [ ] terjunam [ ] terjatuh. Kenapa skema jawapan adalah terjatuh, bukan terjunam | Perkataan "terjunam" merujuk kepada menjunam dengan kepala dahulu menghala ke bawah. Kalau sekadar wau atau layang-layang perkataan yang sesuai terjatuh. | Tatabahasa | 21.08.2015 |
| Amir terlalu asyik melibat wau yang sedang ..... di udara. jawapan ialah terlayang-layang atau terolang-aling atau? | Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang terlayang-layang di udara. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
| Nak cari buku yang berkaitan dengan wau. | Mohon sdr. merujuk buku ini: | Lain-lain | 15.03.2008 |
| Terima kasih atas maklum balas sebelum ini.Sebenarnya pertanyaan saya merujuk kepada nota 1 SEN MALAYA 1941 yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada masa itu. Tertera pada nota-nota itu tulisan Jawi SIN WAU ALIF TA dan bukannya SIN ALIF TA WAU. Adakah ini bermakna pihak British telah salah menggunakan perkataan SATU dalam nota-nota tersebut memandangkan beberapa pihak termasuk Za'ba telah menerbitkan buku-buku berkenaan tulisan Jawi sebelum nota-nota itu dikeluarkan pada tahun 1941.(gambar nota 1 SEN MALAYA 1941 dapat dirujuk di internet). Saya benar-benar berharap mendapat jawapan bagi persoalan ini memandangkan ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang peristiwa sejarah ini dalam sumber rujukan kami. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami hanya dapat memberikan kedua-dua ejaan sahaja dan rujukan yang kami ada, iaitu buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi tidak menukilkan etimologi entri ejaan Jawi. Kami cadangkan tuan berhubung dengan pihak Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 10.10.2012 |
| Salam sejahtera. Di sini saya inginkan mendapatkan kepastian adakah 'bau', 'kau' dan 'wau' termasuk dalam suku kata gabungan diftong au? Harap soalan ini dapat dijawab dengan segera. Sekian, terima kasih. | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yg disebut dlm satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah spt ai, au, dan oi. Maka, <i style="mso-bidi-font-style: normal">kaui> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal">waui> ialah diftong. Manakala, <i style="mso-bidi-font-style: normal">baui> pula ialah vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing. | Tatabahasa | 26.03.2014 |
| Bahagian dada wau melambangkan "nusaratang" iaitu, merangkumi Semenanjung Indonesia, Thailand dan Burma. Adakah betul cara penggunaan tanda petik tersebut? | Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusaratang" adalah betul. | Ejaan | 04.03.2020 |