Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : wayang gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budak-budak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah perkataan 'pawagam' ialah akronim bagi panggung wayang gambar'?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat "pawagam" ialah akronim bagi panggung wayang gambar.Istilah02.10.2015
maksud austrik dan filem.Menurut data kami, perkataan filem ialah 1 benda tipis yang dibuat daripada seluloid dan dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha untuk ~ kisah itu. perfileman segala hal tentang filem: masalah ~. Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan austrik dalam data kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=filem&d=1Makna24.12.2015
apakah perbezaan antara pertunjukan dan persembahan ?Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.Lain-lain10.05.2016
Salam sejahtera. Saya ingin cari perkataan yang maknanya sama dengan perkataan "dating" yang bermakna "janji temu dgn seseorang yg berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya utk keluar makan, me­nonton wayang gambar dsb)" (Kamus Dewan Edisi Ke-4). Adakah perkataan "berpacaran" yang merupakan bahasa Indonesia telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu? Jika ya, adakah maknanya sama dengan makna perkataan "dating"? Terima kasih.Berpacaran berasal daripada perkataan Indonesia yang bermaksud menjalin hubungan cinta atau kasih dengan teman lelaki atau wanita.

Dating bermaksud janji temu dengan seseorang yang berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya untuk keluar makan, me­nonton wayang gambar dan sebagainya).


Jika dilihat dari segi makna, kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.
Makna18.10.2017
ayat yang lebih tepat ... persembahan bunga api atau pertunjukan bunga apiSalam sejahtera,

Puan,

Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.

Jadi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.08.2017
Apakah terjemahan untuk frasa berikut? Now a major motion picture Terima Kasih.Cadangan kami untuk terjemahan frasa "Now a major motion picture" ialah "Kini, wayang gambar utama...".Tatabahasa23.06.2013
Assalamualaikum. Saya nak tanya, apakah istilah yang sesuai/perkataan yang sesuai untuk "video" dalam bahasa Melayu? Wayang gambar? Saya nak perkataan selain "video"

Merujuk kepada kamus Dewan, perkataan video dalam bahasa Melayu ialah 1.  Video  iaitu alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen) 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakam­kan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayang­kan dgn menggunakan alat video; memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm pita video: filem-filem Melayu telah divideokan.

Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan dan lain-lain.
Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb.

Istilah17.02.2018
saya Soleehah Dolah sedang belajar di university Fatoni,kelas dasar.ingin bertanya DBP perkataan,Adakah perkataan"menonton"berasal dari bahasa apa?dan apakah maknanya? Terimakasih.Mengikut Kamus Dewan, perkataan ‘menonton’ bermaksud menengok, melihat pertunjukan, wayang gambar.Makna04.11.2014
maksud televisyen,video dan filem

Sdr. boleh membuat carian kata melalui kamus yang tersedia di laman khidmat DBP. Definisi bagi pertanyaan sdr. adalah seperti berikut;

Televisyen ; proses penyiaran gambar serta bunyi menerusi udara atau kawat dgn menggunakan alat yg dpt mengubah gambar dan bunyi menjadi gelombang elektrik dan mengubahnya kembali menjadi gambar dan bunyi pd alat penerimanya.

Video ; alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen). 2 = pita ~ pita bermagnet utk merakamkan filem dr televisyen dsb. 3 = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video (dpt ditayangkan di televisyen

Filem ; benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi;memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee;perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~.

Definisi adalah dirujuk dari Kamus Dewan.

Sekian. Terima kasih.

Lain-lain05.05.2008
Ahmad dan Navin menonton pertunjukan udara. atau Ahmad dan Navin menyaksikan pertunjukan udara. ( Gambar yang ditunjukan mereka tengok secara langsung, bukannya di TV.Kedua-dua ayat adalah betul.  Mengikut Kamus Dewan:
menyaksikan 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; mem­benarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti.
menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola;
Lain-lain21.09.2014
12

Kembali ke atas