Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Gedek ditulis dengan huruf besar atau kecil? Contoh ayat: Pada masa dahulu, dram gedumbak ini juga digunakan dalam ensembel Wayang Kulit Gedek di negeri Kedah.Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Gedek perlu ditulis dengan huruf besar kerana perkataan tersebut merupakan nama khas.  Ejaan15.05.2024
Salam Tuan dalam talian, 1. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk patung wayang kulit? Ayat Contoh: 1. Tok dalang itu sedang menggerakkan dua keping patung wayang kulit semasa persembahannya. Sekian, terima kasih.Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Tok dalang itu menggerakkan patung wayang kulit semasa persembahannya atau Tok dalang itu  menggerakkan patung watak wayang kulit semasa persembahannya.Lain-lain29.12.2010
Saudara, Bolehkah saudara memberitahu Maklumat yang SAH tentang wayang kulie? Atau pun sebarang website yang sah? Kini saya sedang belajar di University di Taiwan, dan diminta membuat satu Assignment tentang wayang kulit di Malaysia. Tetapi, saya tidak dapat maklumat yang sah daripada sebarang web walaupun puas mencarinya. Harap saudara dapat menolong dalam persoalan ini. Terima Kasih.Sila rujuk bahan ini : 1. Wayang kulit : warisan teater Melayu oleh Ainu Sham Ramli terbitan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1996. 2. salampantaitimur.com/index.php?tag=melayu 3.www.kakiseni.com/articles/people/MDIxOQ.html . 4.www.ask.edu.my/BM/ak_course_wt_dtl.aspLain-lain20.11.2007
Perkataan: Tetawak, tarinai dan mek mulung ditulis dengan huruf besar atau kecil? Contoh ayat adalah seperti berikut: Kini gong Tetawak masih dimainkan dalam ensembel muzik wayang kulit Kelantan, makyung, bersilat, Tarinai, Mek Mulung dan ensembel-ensembel lain.Perkataan tetawak, tarinai dan mekmulung dieja dengan huruf kecil.Ejaan09.05.2024
maksud teater dan jenis-jenisnya

1.   Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya.

2.   Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan.

Sekian dan salam.

Lain-lain28.03.2009

Kembali ke atas