Mohon pencerahan, yang manakah betul; Tanggalkan wayar dari penutup motor atau Tanggalkan wayar daripada penutup motor | Ayat yang betul ialah "Tanggalkan wayar dari penutup motor." | Lain-lain | 26.06.2022 |
Tepatkah jika 'offline' diterjemah 'nir talian' kerana saya ketemu 'off air' diterjemah 'nir siar' di prpm? Bolehkah 'wireless' diterjemah 'nir wayar', di samping 'tanpa wayar' yang sudah diketahui umum? | Padanan bahasa Melayu yang betul bagi offline ialah "luar talian". Padanan bahasa Melayu bagi off air ialah "luar siaran" dan padanan bagi wireless ialah "tanpa wayar". | Lain-lain | 05.08.2022 |
Istilah sesuai bagi wireless charging, pengecasan tanpa wayar atau pengecasan nirwayar? | Kami mencadangkan "wireless charging" diterjemahkan sebagai "pengecasan tanpa wayar". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 07.04.2022 |
Manakah subjek bagi ayat: Talian Internet tanpa wayar yang diberikan secara percuma oleh kerajaan amat membantu mahasiswa. | Subjek bagi ayat ialah 'Talian Internet tanpa wayar' | Tatabahasa | 14.07.2020 |
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja? | 1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
| Tatabahasa | 14.05.2020 |
'Wireless' dalam bahasa Melayu apa? | Terjemahan bagi istilah "Wireless" ialah "tanpa wayar" atau "wayarles". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.12.2015 |
Kenapa "wireless" diterjemah sebagai "wayarles" dan bukan "nirwayar"? Apa pendekatan DBP dalam mengutamakan kata serapan berbanding kata terjemah? | Penggunaan istilah wayarles atau tanpa wayar bagi kata Inggeris wireless telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Penggubalan/Pembentukan Istilah yang terdiri daripada pakar dalam bidang Teknologi Maklumat, Komunikasi, Fizik dan Kejuruteraan bersama-sama dengan pakar bahasa. Perkataan wayarles atau tanpa wayar telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan penggunaannya telah mantap berbanding kata nirwayar atau nirkawat oleh pengguna bahasa di negara ini. | Istilah | 27.08.2023 |
Apakah padanan perkataan dalam Bahasa Melayu untuk istilah "charging port", iaitu port di peranti seperti telefon bimbit pintar di mana kita memasukkan wayar USB untuk mengecas atau memindahkan fail? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah charging port ialah port mengecas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 31.10.2022 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta cadangan terjemahan istilah 'Wire take-up machine' dalam Bahasa Melayu. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami, wire take-up machine - wayar penjanaan mesin. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.01.2016 |
Mana satu ayat yang betul. 1. Peserta bengkel diminta membawa bersama komputer riba dan laporan ke bengkel tersebut. 2. Peserta bengkel diminta membawa bersama-sama komputer dan wayar penyambung ke bengkel tersebut. | Ayat yang tepat ialah ayat kedua. | Lain-lain | 12.06.2015 |