| Salam sejahtera, Adakah frasa dalam BM yang boleh menggantikan maksud 'come on' dalam bahasa inggeris seperti ayat berikut: 'come on, it's just a wedding. it's not that serious.' Terima kasih atas bantuan. | Sila berikan terjemahan terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaan tatabahasa dalam ayat yang diberikan. Ayat yang dinyatakan cenderung kepada bahasa percakapan. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2017 |
| Saya ingin meminta pendapat tuan/puan berkenaan ejaan papantanda untuk restoran saya. Sila rujuk fail yang disertakan bersama. | 1. Sila tukar kepada RESTORAN DAN KATERING. Letak perkataan "KATERING" di atas. 2. Tukar "Wedding and Event Management" kepada Pengurusan Perkahwinan dan Acara 3. Letak tanda titik selepas Tel: (Tel.: ) 4. Tukar "Fax:" kepada Faks: Untuk mendapatkan sijil pengesahan, sila layari laman web www.prpm.dbp.gov.my, pilih menu e-Perkhidmatan dan klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat nasihat DBP). Sila daftar terlebih dahulu untuk mendapatkan kod pengaktifan. | Lain-lain | 10.06.2013 |