Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[we.nang] | ونڠ

Definisi : Jw wewenang; berwenang mempunyai hak (utk berbuat sesuatu): ketua regu itu ~ utk menuntut ketaatan anggota regu; sewenang-wenang, bersewenang-wenang 1. (membuat sesuatu) dgn sekehendak hati sahaja, dgn semahu-mahunya: kita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu; 2. bermaharajalela (me­lakukan sesuatu), kejam, zalim: tawanan mereka telah disakiti dgn cara yg kejam dan ~; 3. melakukan sesuatu tidak dgn teliti (dgn sem­barangan sahaja, tidak dgn usul periksa): kata nasional yg digunakan dgn ~ itu sangatlah mengelirukan; kesewenang-wenangan perbuatan sewenang­wenang, kezaliman; kewenangan hak dan kekuasaan utk berbuat sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[we.nang] | ونڠ

Definisi : , = wewenang hak dan kekuasaan utk berbuat sesuatu atau utk mengeluarkan perintah. berwenang berhak atau berkuasa utk melakukan sesuatu: Guru Besar ~ utk menjalankan pentadbiran sesebuah sekolah. sewenang-wenang 1 dgn sekehendak hati (membuat sesuatu): Ia bertindak ~ saja. 2 dgn kejam atau dgn zalim (melakukan sesuatu): Jangan menyeksa tawanan perang ~nya. 3 tidak dgn usul periksa lagi (melakukan sesuatu). kesewenang-wenangan hal atau keadaan sewenang-wenang; kezaliman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wenang (kata nama,)
Bahasa Asal :Jawa
Bersinonim dengan hak, kekuasaan, kekuatan, keupayaan, kemampuan, daya;,
Kata Terbitan : sewenang-wenang, bersewenang-wenang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata terbitan "berleluasa" dalam konteks 'gejala sosial kian berleluasa dalam kalangan masyarakat kita'? Hal ini demikian kerana dalam Kamus Dewan 'berleluasa' bermakna berlaku sewenang-wenang atau sesuka hati. Adakah 'berleluasa' dalam tersebut dapat diterima?Kata "berleluasa" dalam konteks ayat yang dinyatakan dalam ayat tersebut dapat diterima.Makna10.07.2008
apa maksud abrituariDBP tidak mempunyai istilah dan makna bagi perkataan 'abrituari' seperti yang dikemukakan. Kami hanya mempunyai perkataan 'abritrari'. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'abritrari' merujuk kepada tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti, tidak berasaskan pemikiran (analisis ds), mengikut sekehendak hati, sewenang-wenang: 2. Berkaitan dengan sifat bahasa yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa dengan entiti sebenar. Untuk rujukan selanjutnya, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna29.12.2006
mohon bantuan untuk mendapatkan definisi perkataan "ADIKARA", Pihak kami ingin mewujudkan satu pertandingan yang bersifat lasak dan menyediakan satu piala yang dinamakan 'Piala ADIKARA". Adakah sesuai perkataan adikara itu digunakan dalam hal ini.

Encik Mohd Shahidi,

Perkataan ini bermaksud  1. kekuasaan, berkuasa; 2. sewe­nang-wenang. Dalam hubungan dengan penamaan sesuatu perkara sekiranya ada kaitan atau menunjukkan ciri-ciri yang dimaksudkan, maka kata tersebut boleh digunakan.   

Makna01.06.2010

Kembali ke atas