Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : conj sama ada... (atau tdk): I am not sure ~ it is correct or not, saya tdk pasti sama ada betul atau tdk; ~ it rains or not I’ll still go, sama ada hujan atau tdk, saya akan pergi juga; he asked me ~ I understood, dia bertanya pd saya sama ada saya faham atau tdk; ~ by accident or design, sama ada sengaja atau tdk: they met again a year later ~ by accident or design, mereka bertemu semula setahun kemudian, sama ada sengaja atau tdk; ~ or /not, no/, macam mana pun: you can come shopping with me or stay at home but I have to go out ~ or no, kamu boleh ikut saya pergi membeli-belah atau tinggal saja di rumah, tetapi macam mana pun saya terpaksa pergi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata whether


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "penciller" seperti dalam konteks di bawah: “bookmaker” means any person who— (i) whether on his own account or as penciller, runner, servant or agent for any other person, receives or negotiates bets or wagers, whether on a cash or credit basis and whether for money or money’s worth; Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

penciller - pensiler

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain27.05.2021
1.'Suitable during maternity, menstruation and after urination'. May I check whether can translate the above statement as below. -Sesuai digunakan semasa mengandung, kedatangan haid dan selepas buang air kecil. We want to avoid the use of 'selepas buang air kecil' as it doesn't seems polite to be advertised in the periodicals. Any other Malay wording to recommend for use? 2. 'Tested in accordance with INDA/EDANA Flushability Guidelines and Code of Practice' May I check whether can we translate the above statement as below. - Telah diuji mengikut Garis Panduan dan Kod/Tata Amalan Flushabiliti INDA/EDANA. Which is the right word to use, 'Kod Amalan' or 'Tata Amalan' when referring to Code of Practice?1. Suitable during maternity, menstruation and after urination  - Sesuai digunakan semasa mengandung, kedatangan haid dan selepas buang air kecil. (tidak ada perkataan lain untuk buang air kecil)

2. Tested in accordance with INDA/EDANA Flushability Guidelines and Code of Practice  - Telah diuji mengikut Garis Panduan dan Tataamalan "Flushability" INDA/EDANA. (Tidak ada istilah bahasa Melayu untuk "flushability)
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
May I know whether we should use 'Bahasa Malaysia' or 'Bahasa Melayu' now? Thanks.

Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan jelas menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita, walau bagaimanapun untuk tujuan perpaduan istilah bahasa Malaysia boleh digunakan.

Lain-lain09.02.2010
Kindly help to confirm the follow sentence whether in correct manners for Bahasa Malaysia. - To dehumidify the environment - Untuk menyahlembapkan persekitaran Thank YouTerjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan

to dehumidify  the environment -  untuk menyahlembapkan persekitaran
Penyemakan dan penterjemahan15.02.2016
Tuan/Puan, Perlukah perkataan "tentang" diulang bagi ayat di bawah? BI *whether any member or office-bearer of the SRC or of an ad hoc committee of the SRC... BM *tentang sama ada mana-mana anggota atau pemegang jawatan JPP atau tentang sesuatu jawatan JPP atau tentang sesuatu jawatankuasa... Sekian, terima kasih.Pengulangan perkataan dalam sesuatu ayat bergantung kepada keperluan sama ada perlu atau tidak perkataan tersebut diulang. Untuk persoalan tuan, terjemahan yang betul ialah: 
... sama ada mana-mana anggota atau pemegang jawatan JPP atau jawatankuasa ad hoc JPP ...
Makna22.09.2021
Tuan, Saya ingin mendapatkan terjemahan perkataan life member. Ayat dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut: Ordinary members whether annual members or life membersPadanan bahasa Melayu bagi life member ialah Ahli seumur hidup.Penyemakan dan penterjemahan28.05.2021
Tuan/Puan, Apa padanan dalam Bahasa Melayu bagi ayat di bawah: "No organization, body or group of students whether established by, under or in accordance with this Act, shall have any affiliation, association or other dealing with, any society, political party, trade union or any other organization, body or group of persons-" Sekian, terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan07.10.2021
Assalamualaikum. 1) Yang manakah terjemahan tepat untuk "biomarker" (An indicator in your body that is used to identify diseases or whether a treatment may be appropriate): biopenanda, penanda biologi? 2) Apakah padanan untuk "tagged" dalam konteks berikut: "A PET scan uses specially tagged (radioactive) materials that are injected into your body and using a special scanner that can highlight specific parts of your body." 3) Apakah padanan tepat untuk istilah "double-blind study"? Contohnya, dlm kajian "double-blind", kedua-dua pesakit dan doktor tidak mengetahui kumpulan mana pesakit itu dikelaskan. Setiap kumpulan akan menerima rawatan yang berbeza untuk penyakit yang sama. Mengikut carian saya di prpm, saya dapati istilah-istilah berikut pernah diberikan sebelum ini utk "double-blind": 1. dubel-buta 2. dwibuta 3. buta duaan 4. gelap ganda Mohon pihak tuan perjelaskan yang mana yang paling tepat. Dan juga, dari manakah datangnya istilah "dubel" itu? Dan mengapa ia dieja bersempang, padahal penggunaan sempang dalam B. Melayu begitu jarang sekali dan amat spesifik, iaitu hanya utk kata jamak dan kata awalan yang diikuti dengan kata nama khas saja. Terima kasih atas pencerahan.Kami mencadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu yang dinyatakan di bawah digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan:

1. biomarker: biopenanda
2. tagged: bertanda
3. double blind study: kajian dubel-buta atau kajian gelap ganda. Manakala, dwibuta dan buta duaan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dan bidang

Mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, akhiran -le dipadankan dengan -el. Oleh itu, perkataan double menjadi dubel. Perkataan dubel-buta dieja sempang kerana mengikut bentuk istilah bahasa sumber.

Istilah16.04.2021
Terima kasih diatas jawapan kepada pertanyaan saya pagi tadi. Soalan saya seterusnya, adakah panggilan 'tuan' sesuai digunakan didalam email sesama rakan sekerja? (whether appropriate to address office colleague as tuan)Tuan, biasanya digunakan dalam suasana yang rasmi dan jika dalam e-mel sesama rakan sekerja (yang sama jawatan atau lebih rendah) kata sapaan "saudara" lebih sesuai digunakan sekalipun rakan itu lelaki ataupun wanita.Lain-lain02.07.2009
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "art" dan perkataan "menchanically transmitted power" dalam ayat di bawah? "manufacture" includes any art, manner, process or act whatsoever described in Part II of the Schedule, regardless of whether or not the same involves the use of any machinery or mechanically transmitted power;Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan18.04.2022
12

Kembali ke atas