| Istilah Sumber : neglected wife, Istilah Malaysia : isteri terabai/terlantar, Bidang : Sosiologi Istilah Sumber : neglected husband, Istilah Malaysia : suami terabai/terlantar, Bidang : Sosiologi Makanya apakah sesuai istilah neglected patients diistilahkan sebagai pesakit terabai Bagaimanapula dengan maklumat berikut : Istilah sumber : neglected child, Istilah sasar : kanak-kanak terbiar, Bidang : Sosiologi | Penggubal istilah bidang sosiologi memutuskan penggunaan “anak/kanak-kanak terbiar” untuk neglected child; isteri/suami terabai/terlantar untuk neglected wife/husband. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “terbiar” juga bermaksud terabai; terlantar. Oleh itu, “pesakit terabai” boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk neglected patients bergantung pada penggunaan perkataan tersebut dalam ayat dan situasi. | Istilah | 18.11.2018 |
| Istilah Sumber Istilah Malaysia Bidang neglected wife isteri terabai/terlantar Sosiologi neglected husband suami terabai/terlantar Sosiologi NEGLECTED PATIENTS adakah juga diistilahkan sebagai PESAKIT TERABAI bagaimana pula dengan maklumat berikut:- Istilah Sumber Istilah Sasar Bidang neglected child kanak-kanak terbiar Sosiologi sewajarnya KANAK-KANAK TERABAI | Penggubal istilah bidang sosiologi memutuskan penggunaan “anak/kanak-kanak terbiar” untuk neglected child; isteri/suami terabai/terlantar untuk neglected wife/husband. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “terbiar” juga bermaksud terabai; terlantar. Oleh itu, tuan/puan boleh memilih untuk menggunakan anak/kanak-kanak terabai atau anak terlantar bergantung pada penggunaan perkataan tersebut dalam ayat dan situasi. Begitu juga dengan “pesakit terabai” yang boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk neglected patients. | Istilah | 18.11.2018 |