Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. means by which sounds are sent over a distance by radio signal, wayarles: messages sent by ~, mesej yg dihantar dgn wayarles; a ~ operator, operator wayarles; 2. (UK) radio, radio: the result was announced on the ~, keputusan itu telah diumumkan melalui radio. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wireless


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Terjemahan sesuai bagi 1. Case/Casing telefon pintar 2. True Wireless Stereo(TWS), penerangan True wireless earbuds have no cord to keep each bud connected to each other. They rely on wireless technology such as Bluetooth to transmit audio from a hardware device. Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah phone case/casing ialah selongsong telefon dan padanan istilah True Wireless Stereo (TWS) ialah stereo nirwayar sepenuhnya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.12.2022
'Wireless' dalam bahasa Melayu apa?Terjemahan bagi istilah "Wireless" ialah "tanpa wayar" atau "wayarles".Penyemakan dan penterjemahan19.12.2015
Istilah sesuai bagi wireless charging, pengecasan tanpa wayar atau pengecasan nirwayar?Kami mencadangkan "wireless charging" diterjemahkan sebagai "pengecasan tanpa wayar". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah07.04.2022
Jika tiada imbuhan 'nir' digunakan dalam bahasa melayu yang membawakan maksud 'tiada' kenapa dalam pangkalan data DBP ada penggunaan 'nir'. Contoh dalam lampiran, 'off air' = 'nir' udara dan Wireless Remote Control = Alat Kawalan 'Nir' Dawai. Jika Wireless adalah wayarles kenapa dalam istilah alat kawalan ia adalah nir dawai. Kenapa off air adalah nir udara. Apakah maksud nir di sini? Kenapa 'nir' tidak sesuai digunakan dalam istilah cashless = nirtunai? wireless = nirwayar?. Kalau Wireless boleh jadi wayarles, cashless boleh la jadi tunailes?Salam sejahtera,

Tuan,
Berdasarkan Jawatankuasa Istilah telah memutuskan pemilihan perkataan yang sesuai bagi padanan dalam bahasa Melayu seperti yang terakam di dalam Kamus Dewan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain20.02.2019
Saya ingin bertanya mobile and wireless communication boleh terjemahankan dalam bahasa melayu bagi term kejuruteraan...

Istilah bahasa Melayu bagi mobile and wireless communication ialah komunikasi mudah alih dan tanpa wayar/wayarles.

Istilah01.10.2010
Kenapa "wireless" diterjemah sebagai "wayarles" dan bukan "nirwayar"? Apa pendekatan DBP dalam mengutamakan kata serapan berbanding kata terjemah?Penggunaan istilah wayarles atau tanpa wayar bagi kata Inggeris wireless telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Penggubalan/Pembentukan Istilah yang terdiri daripada pakar dalam bidang Teknologi Maklumat, Komunikasi, Fizik dan Kejuruteraan bersama-sama dengan pakar bahasa. Perkataan wayarles atau tanpa wayar telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan penggunaannya telah mantap berbanding kata nirwayar atau nirkawat oleh pengguna bahasa di negara ini.Istilah27.08.2023
Adakah wujud perkataan dengan imbuhah 'NIR' seperti perkataan NIRTUNAI (Cashless) atau NIRWAYAR (Wireless)? Adakah ianya sah digunakan dalam teks ucapan atau kenyataan akhbar?Untuk makluman tuan, tiada imbuhan NIR dalam bahasa Melayu. Padanan istilah cashless dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah tanpa tunai, manakala terjemahan bagi istilah "Wireless" pula ialah "tanpa wayar" atau "wayarles".Penyemakan dan penterjemahan05.10.2018
Tepatkah jika 'offline' diterjemah 'nir talian' kerana saya ketemu 'off air' diterjemah 'nir siar' di prpm? Bolehkah 'wireless' diterjemah 'nir wayar', di samping 'tanpa wayar' yang sudah diketahui umum?Padanan bahasa Melayu yang betul bagi offline ialah "luar talian". Padanan bahasa Melayu bagi off air ialah  "luar siaran" dan padanan bagi wireless ialah "tanpa wayar".Lain-lain05.08.2022
Assalamualaikum, Apakah maksud "serkit2 tali-gerap", ayat penuh "Sharikat Cable dan Wireless Berhad dahulu-nya telah menjalankan segala serkit2 taligerap dari Iuar negeri yang penting ka-Singapura dan daripada Negeri Singapura ka-luar negeri sa-belum 1 haribulan Januari, 1965 dan ada-lah mustahak bagi kepentingan Negara semua perkhidmatan2 luar negeri itu di-letakkan dalam kawalan Kerajaan betul2." Ayat diambil dari Penyata Parlimen bertarikh 26 May 1965.Tiada maklumat tentang serkit2 tali-gerap dalam pangkalan data kami, juga tiada maklumat lain yang dapat membantu melalui carian di Google.Lain-lain17.04.2019
Assalammualaikum, soalan yang saya tanya masih tidak terjawab dan saya tidak faham apa jawapan pihak DBP. Jadi, adalah boleh nir digunakan dalam bahasa melayu seperti DBP gunakan off-air kepada nir-siar dan wireless remote control kepada alat kawalan nirdawai. Soalan saya adalah boleh atau tidak? Jika boleh bagus, jika tidak, kenapa dalam DBP ada penggunaan nir tetapi orang ramai tidak boleh gunakan nir?Dalam data rujukan kami, nir bukan bentuk imbuhan terikat yang diterima dalam bahasa Melayu di Malaysia. Nir ialah bentuk terikat yang berasal daripada bahasa Indonesia. Kita seharusnya mengutamakan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia sendiri, iaitu menggunakan perkataan tanpa atau yang bersesuaian dengan konteks. Penggunaan istilah nir  hanya ditemui dalam bidang komunikasi massa.Tatabahasa27.02.2019
12

Kembali ke atas