| istilah "work-based learning" dan "work-based training" dalam ilmu pendidikan; apakah terjemahan yang tulen dalam bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "work-based learning" dan "work-based training" ialah pembelajaran berasaskan kerja dan latihan berasaskan kerja. | Istilah | 19.04.2016 |
| SAYA INGIN MENDAPATKAN TERJEMAHAN UNTUK BEBERAPA AYAT BAHASA INGGERIS BERIKUT: 1. DECENT WORK DEFICIT 2. DECENT WORK | Pihak kami mencadangkan terjemahan dalam bahasa Melyu seperti yang berikut: 1. DECENT WORK DEFICIT = KEKURANGAN DALAM PEKERJAAN YANG MEMUASKAN 2. DECENT WORK = PEKERJAAN YANG MEMUASKAN | Makna | 21.10.2020 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera Apakah terjemahan untuk kenderaan dikenali sebagai "aerial work platform" atau "elevated work platform"? | Padanan aerial work platform (AWP) ialah pelantar kerja udara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.07.2022 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin mendapatkan khidmat bantuan pihak DBP untuk menentukan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. Employee Work Passion 2. Employee Work Intention 3. Organizational Citizenship Behavior 4. Social Cognitive Theory of Appraisal 5. Work Cognition 6. autonomy 7. connectedness with leader 8. connectedness with colleagues 9. collaboration 10. distributive justice 11. feeback 12. growth 13. meaningful work 14. intent to use discretionary effort 15. intent to endorse 16. intent to perform 17. intent to be an organizational citizen Segala maklum balas dan perhatian pihak tuan didahului dengan terima kasih. sekian. | Waalaikumsalam, berikut ialah cadangan perkataan/istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang dikemukakan. 1. Employee Work Passion – keghairahan bekerja 2. Employee Work Intention – niat bekerja 3. Organizational Citizenship Behavior –Sikap staf organisasi 4. Social Cognitive Theory of Appraisal – Teori penilaian kognitif sosial 5. Work Cognition – kognisi kerja 6. autonomy - autonomi 7. connectedness with leader – Hubungan dengan ketua/pemimpin 8. connectedness with colleagues –hubungan dengan rakan sekerja 9. collaboration – kerjasama 10. distributive justice – keadilan teragih 11. feeback – maklum balas 12. growth - berkembang 13. meaningful work – kerja yang bermakna/bermanfaat 14. intent to use discretionary effort – berniat menggunakan budi bicara 15. intent to endorse – bersungguh-sungguh menyokong 16. intent to perform – bersungguh-sungguh/berazam untuk maju 17. intent to be an organizational citizen – berniat untuk menjadi sebahagian daripada warga organisasi
| Istilah | 04.06.2018 |
| Salam sejahtera, Bolehkah "needing work" diterjemahkan sebagai "nenerlukan kerja" atau "perlu dikerjakan"? Perkataan akan digunakan dalam perisian. Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Contoh ayat: inaccurate results are marked as needing work. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Istilah "needing work" jika mengikut ayat yang disertakan, lebih tepat diterjemah sebagai "perlu dibaiki". Ini bermaksud ayat penuh setelah diterjemah ialah: Keputusan yang tidak tepat akan ditandai sebagai perlu dibaiki.
| Makna | 26.01.2018 |
| Apakah maksud atau terjemahan yang tepat bagi work-life balance? Adakah Keseimbangan kerja-kehidupan. Terima kasih. | terjemahan yang sesuai bagi work-life balance ialah keseimbangan kehidupan bekerja | Pengembangan | 14.06.2020 |
| Apa terjemahan "remote work" yang membawa maksud kerja jarak jauh dari pejabat? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah remote work ialah kerja jarak jauh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 22.06.2023 |
| Salam sejahtera, Adakah 'brilliant work' sesuai diterjemahkan kepada 'kerja cemerlang'? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Salam sejahtera kembali. Padanan bahasa Melayu bagi 'brilliant work' yang pihak tuan/puan kemukakan sudah betul cuma tambah perkataan yang seperti berikut: 'kerja yang cemerlang' | Makna | 17.02.2018 |
| Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk program *work attachment* dan *student attachment*? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "work attachment" dan "student attachment". Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk attachment, iaitu penempatan dan sangkutan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penempatan pelajar (Program Penempatan Pelajar). | Istilah | 01.06.2013 |
| apakah penterjemahan yang tepat atau sesuai untuk terma 'Persons Not at Work'? | Sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, kami mencadangkan Persons Not at Work diterjemah kepada "Pekerja Tiada di Tempat Kerja". | Penyemakan dan penterjemahan | 04.12.2022 |