Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wujudkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wujudkan perkataan "telekonferens" ? Apakah istilah yang betul untuk digunakan?Perkataan "telekonferens" wujud dalam pangkalan kami. Perkataan ini merujuk kepada sistem komunikasi yang menggunakan suara dwi-hala, video, dan/atau komputer antara peserta persidangan di kawasan yang terpisah.Makna18.06.2015
Wujudkan perkataan 'tona' untuk menggambarkan warna misalnya 'tona kulit, tona hitam'? Carian saya menemui 4 padanan di dalam istilah namun tiada yang berkaitan dengan warna.Bagi warna, perkataan yang tepat untuk "tone" ialah rona. Sila rujuk makna rona dalam Kamus Dewan.Makna12.02.2007
1) wujudkan perkataan 'mewarna"? 2) pertandingan mewarna? pertandingan warna? pertandingan melukis? (yang manakah frasa yang tepat?)Salam sejahtera,

Tuan,

1. Perkataan mewarna bermaksud  mengenakan warna dan membubuh warna

2. Perkataan yang betul: Pertandingan mewarna dan Pertandingan melukis


Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa23.01.2018
Bolehkah saya tahu, wujudkan perkataan bisnes dalam bahasa melayu kerana carian kata tidak menyatakan wujud perkataan ini sedangkan ia digunakan secara meluas orang kebanyakan pengamal bahasa.Mohon maklum balas Tuan. Terima kasih.Perkataan "bisnes" tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu yang betul untuk "business" ialah perniagaan.Istilah25.05.2016
salam, saya dalam perancangan nak wujudkan nama atau perkataan "ibu bersalin dalam patang, 40hari'. ada tak perkataan yang sesuai di panggil atau mudah orang ingat, dan nama baru untuk keadaan zaman sekarang. ada ke? Terima Kasih.Untuk makluman tuan,penggunaan frasa ibu bersalin dalam pantang sudah mantap dalam bahasa Melayu.Lain-lain05.05.2020
Perkataan terbitan: 1. Pelantikan 2. Perlantikan Wujudkan kedua-dua kata terbitan tersebut?1. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" , iaitu perihal melantik. Dari kata dasar lantik, terbit kata melantik dan perihal melantik ialah pelantikan. Lazimnya apabila awalan ber- diimbuhkan kepada kata dasar seperti  jalan menerbitkan kata berjalan, dan baharulah wujud perjalanan, iaitu perihal berjalan. Tidak ada kata berlantik, maka tidak ada wujud kata perlantikan.Tatabahasa28.06.2013
Apakahperbezaan antara galeri, arkib dan muzium? Kalau sekolah hendak wujudkan bilik pameran untuk simpanan maklumat sekolah seperti majalah sekolah, piala, buku teks yang digunakan, bekas pengetua , guru dan lain-lain, itu adalah galeri kan? TerimakasihKamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan galeri sebagai bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah.

Arkib  pula ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah lama dan sebagainya yang dianggap penting. 2  tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama.

Manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, meme­lihara, mengkaji, atau mempamerkan objek­objek yang mempunyai nilai sejarah, seni, sain­tifik, dan sebagainya.

Berdasarkan keterangan saudara, galeri lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa30.04.2013
Saya sedang mencari idea tentang kolum bahasa yang ingin saya wujudkan dalam portal bahagian kami. Apakah perkataan atau frasa yang sesuai digunakan selain soal jawab bahasa?

Antara sesi seumpama itu yang pernah dilaksanakan ialah bicara bahasa.

Tatabahasa07.04.2010
Bagaimana saya hendak tukar alamat e-mel yang saya gunakan sebagai log masuk?

Sila daftar atau wujudkan e-mel baru dengan yahoo atau gmail

Lain-lain01.12.2010
Nasrol AJ THURS 15:06 IKLAN OLEH PIHAK JOHOR PORT - Pembantu Operasi Perlabuhan, Johor Port - Pasir Gudang. (Iklan melalui whatsapp) Wujudkan perkataan Perlabuhan ? Rasa sgt memalukan dgn kesalahan ejaan begini oleh pihak johor portTerima kasih di atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul. Mohon tuan salurkan aduan beserta visual melalui e-mel mulia@dbp.gov.my untuk tindakan pihak kami. Sekian terima kasihEjaan23.03.2017
12

Kembali ke atas