Adakah wujudnya istilah Bahasa Melayu bagi "Perfectionist" selain daripada mementingkan kesempurnaan? Adakah boleh digantikan dengan istilah perfeksionis untuk penulisan saintifik? | Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bagi istilah perfectionist. Sebagaimana yang puan maklum, perfectionist diterjemahkan sebagai mementingkan kesempurnaan seperti yang terkandung dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan. | Istilah | 21.10.2020 |
Adakah wujudnya takrif bagi perkataan 'kosa' dalam frasa kosa kata? Kosa kata terdiri daripada dua bahagian iaitu kosa dan kata, tetapi saya tidak tahu makna kosa dan takrif yang diberi dalam kamus seolah-olah tiada kaitan dengan penggunaanya dalam membentuk istilah 'kosa kata'. Mohon beri penjelasan. | Kosa kata bermaksud keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata. | Makna | 29.07.2017 |
Adakah wujudnya kertas sebak? Apakah maksud untuk kertas sebak? Saya telah merujuk kamus tetapi tidak ada maksud sebak untuk dipadankan dengan kertas. Sekian, terima kasih. | Tiada data berkaitan “kertas sebak” dalam pangkalan data DBP. Melalui carian di laman maya, “kertas sebak” ialah “kertas mahjung” , iaitu kertas putih dan lebar yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. | Istilah | 11.08.2014 |
adakah wujudnya perumpamaan yang berbunyi "seperti gunung dan lautan manusia" yang membawa maksud ramai orang? | Ungkapan yang lazim digunakan ialah seperti lautan manusia yang menunjukkan ramai orang. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
kenapa wujudnya kesalahan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada? boleh terangkan cara penggunaan kata dari dan daripada dalam tatabahasa | Kesilapan berlaku apabila pengguna keliru dengan fungsi kedua-dua kata sendi yang tersebut. Kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat dan masa. Manakala kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. | Tatabahasa | 25.01.2012 |
Betulkah wujudnya perkataan kebanyakkan, menggalakan yang disebut oleh nota daripada persediaan PMR oleh Andrew Choo? Dia memberi penjelasan seperti KATA NAMA - [K], KATA KERJA - [KK] yang tidak pernah saya pelajari sepanjang pembelajaran BM saya. Contoh: Kedatangan pelancong ke Malaysia menggalakan. (BETUL), mengalakkan (SALAH). Ayah MENGALAKKAN kami belajar bersungguh-sungguh. (SALAH) Saya tidak dapat menerima hukum ini. Adakah ini KONSEP BAHARU? | Ejaan yang betul ialah kebanyakan dan menggalakkan. Penggunaan KK merujuk kepada kata kerja. Contoh: Merosakkan, memasukkan. Ini kerana kata dasar menerima imbuhan meN...kan. Manakala penggunaan K merujuk kepada kata nama. Contoh: kebanyakan, peruntukan. | Tatabahasa | 31.05.2011 |
Bagaimanakah wujudnya "kata terbitan" bahasa Melayu dan apakah ciri-ciri yang membentuk "kata terbitan" | Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan,iaitumendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Betulkah wujudnya isitilah "hindoisme" yang lebih kurang maksudnya ialah budaya bersuka-suka atau mementingkan hiburan? | Istilah yang betul ialah hedonisme. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4, halaman 523. | Makna | 04.09.2007 |
1) Adakah wujudnya perkataan "Pengutip Muzik" dalam Bahasa Malaysia (BM)? 2) Apakah perkataan BM untuk perkataan Inggeris "Music Composer"? | Padanan bahasa Melayu bagi music composer ialah penggubah muzik. Perkataan pengutip mizik tidak ada dalam rekod kami. | Istilah | 18.11.2008 |
BAGAIMANAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA MASYARAKAT PELBAGAI BAHASA DI MALAYSIA? | Kepelbagaian kaum dalam masyarakat Malaysia memungkinkan wujudnya masyarakat pelbagai bahasa di negara ini. Untuk maklumat lanjut sila rujuk perpustakaan dan dapatkan makalah atau kertas kerja yang dibentangkan di pelbagai seminar bahasa dan linguistik. | Lain-lain | 02.10.2010 |