Salam sejahtera, Adakah tanda sengkang pada 'y-axis' dan 'x-axis' juga digunakan sekiranya kedua-dua frasa berkenaan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu? 'y-axis' -> 'paksi-y' atau 'paksi y'? 'x-axis' -> 'paksi-x' atau 'paksi x'? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih. | Salam sejahtera, Puan, Penggunaan dalam bidang kejuruteraan ialah paksi y ; paksi x. Tiada tanda sempang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 18.09.2019 |
Bagaimanakah bentuk ejaan sebenar kata terbitan meN- + X-ray; adakah meng-X-ray atau mengx-ray atau mengX-ray? Jika dibandingkan dengan perkataan e-mel (meng-e-melkan), yang pertama itu tepat dan terdapat dalam PRPM DBP selain terdapat juga yang kedua dalam PRPM | Ejaan yang betul ialah meng-X-ray. | Ejaan | 11.11.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin kepastian tentang ejaan sebenar X-ray setelah menerima awalan meN-. mengX-ray atau meng-X-ray. Hal ini disebabkan ada cara penulisan yang berbeza berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (mengX-ray) dengan jawapan dalam PRPM (meng-X-ray). Mungkin pihak DBP mempunyai maklumat terkini tentang ejaan perkataan tersebut. Sekian, Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul x-ray apabila menerima imbuhan men ialah mengX-ray yang bermaksud mengambil gambar X-ray (sebahagian daripada badan dan sebagainya) dengan menggunakan sinar-X atau memeriksa dengan menggunakan sinar-X | Ejaan | 09.07.2019 |
DARI Jabatan X atau DARIPADA Jabatan X? | Frasa "dari jabatan" dan "daripada jabatan", kedua-duanya betul. "Dari jabatan" merujuk tempat dan "daripada jabatan "merujuk sumber. | Tatabahasa | 28.08.2015 |
Kata adjektif untuk membandingkan orang ialah( tinggi x rendah )atau (tinggi x pendek) ? | Kedua-dua antonim tinggi lawan rendah dan tinggi lawan pendek boleh digunakan. | | Tatabahasa | 29.03.2017 |
ada x mksud bg lambakan graduan menganggur | Bermaksud jumlah penganggur daripada lulusan institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat. | Makna | 08.09.2009 |
BANNER 30' X 3' | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 19.09.2017 |
Size : 14ft x 3ft | Pembetylan: 1. KEDAI BARANGAN KECANTIKAN 2. KOSMETIK DAN PAKAIAN Sila buat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 10.07.2017 |
Signboard 4' x 20' | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidamt Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 07.09.2015 |
slm... saya x jumpa 'KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA'. hanya jumpe Khidmat nasihat bahasa... saya ingin memohon lesen perniagaan... dan ingin sertakan visual papantanda syarikat untuk pengesahan bahasa sebelum attach sekali kepada Majlis perbandaran tempat saya... Urgenttt.... | Sila lihat domain ketiga selepas Khidmat Nasihat Bahasa, Pantau Tegur Bahasa dan ketiga Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 06.04.2012 |