| Salam, Saya temui kesilapan ejaan dalam buku terbitan DBP: Garis panduan Amalan Istiadat dan Protokol dalam Majlis Rasmi. Pertama dalam prakata xvi: Urusetia. Kedua dalam Lampiran 11 halaman 145: Aturcara. | Salam tuan yang budiman, Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih atas teguran kesalahan ejaan dalam buku Garis Panduan Amalan Istiadat dan Protokol dalam Majlis Rasmi Kerajaan yang diterbitkan pada tahun 2017, cetakan kedua 2023. Kami memohon maaf tentang perkara tersebut. Dimaklumkan bahawa pihak kami akan membuat cetak ulang judul berkenaan dan juga menerbitkannya secara digital. Semua kesalahan, termasuk kesilapan ejaan dan lain-lain, akan dibetulkan semasa semakan naskhah cetak ulang dan digital tersebut. Sekian, dan terima kasih. | Karya | 10.08.2025 |