| seorang hakim yag berpengalaman telah diupah untuk pengadilan kes rogol ini. Ituan, pengadilan adalah salah dalam ayat ini. tetapi dalam frasa sendi nama...untuk(kata sendi) dan mesti diikuti dengan kata nama, maka pengadilan digunakan untuk menggantikan mengadili... (adakah pandangan saya salah?) tq , tuan | "Untuk" dalam ayat tersebut tidak berfungsi sebagai kata sendi nama, sebaliknya sebagai kata keterangan. Kata "untuk" banyak digunakan dalam ayat keterangan tujuan yang menerangkan maksud bagi sesuatu perkara atau kejadian. Contoh ayat yang lain, Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
| Salam yang manakah ejaan yag lebih tepat dalam teks " citarasa" atau "cita rasa"? | Cita rasa | Tatabahasa | 09.04.2012 |
| As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini. | Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa. | Tatabahasa | 13.11.2011 |
| ADAKAH AYAT "SILA MENUNGGU BAS DI STESEN BAS MASING-MASING 10 MINIT AWAL' ITU BETUL? | Ayat yag lebih gramatis ialah "Sila tunggu bas di stesen bas masing-masing 10 minit lebih awal." | Tatabahasa | 21.03.2017 |
| 1. apakah perkataan berlawan bagi masam, manis dan pahit? 2. (bagaimanakah/apakah) perasaan kamu ketika mendengar berita itu? yag mana satu betul 'apakah atau bagaimanakah'?tq | Lazimnya perkataan masam lawannya manis, dan begitulah sebaliknya, manakala kata lawan yang paling hampir bagi pahit ialah tawar. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
| Tolong selesaikan kekeliruan ini:KK transitif dalam frasa 'membelikan Ahmad' dan 'membeli kasut' adalah tepat.pada fahaman saya kktr membelikan disertai objek yag bernyawa manakala kktr membeli untuk objek tidak bernyawa. Bagaimana pula antara 'memberi' dengan 'memberikan'.Kenapa memberikan Ahmad(objek bernyawa) dan memberi kasut(objek tidak bernyawa) salah pula? Tolong jelaskan kerana saya semakin pening kerana menentukan sama ada mahu menggunakan meN.... atau meN....kan. | Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. Kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Bagi perkataan memberi dan memberikan pula, perkataan 'memberi' digunakan untuk objek yang bernyawa, manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Hal ini sedemikian kerana aspek makna yang dibawa oleh kedua-dua perkataan tersebut. Memberi membawa maksud menyampaikan (sesuatu) kepada seseorang, manakala memberikan membawa maksud memberikan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 07.04.2012 |
| Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 1. Apakah itu KATA KERJA TRANSITIF dan KATA KERJA TAK TRANSITIF? . Saya harap saudara dapat memberikan penerangan dalam bahasa yag mudah difahami untuk saya terangkan kepada anak saya yang berada didalam darjah dua. 2. Bagaimanakah cara penggunaannya? 3. Contoh - contoh soalan yang membuatkan anak saya menangis kerana disalahkan oleh guru. GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran. ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. Terimakasih. | Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Tanpa objek ayat tersebut taklengkap maksudnya (menjadi ayat tergantung). Contoh: Ali menyepak bola. (menyepak merupakan Kata Kerja Transitif, jika ayatnya, Ali menyepak - ayat tak sempurna). Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya. Contoh; Adik saya masih tidur. (tidur merupakan Kata Kerja Tak transitif) GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran. ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola. iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. - ayat ini lengkap jika "Mereka berbincang" - tentang pelajaran bukanlah objek tetapi keteerangan tentang cerita, begitulah juga dengan ayat-ayat seterusnya. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
| KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini. | Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 27.12.2006 |
| Saya ingin bertanya mengenai terjemahan satu perkataan dibawah kategori sukan. Alat tersebut hanya mempunyai perkataan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan diambil dari perkataan bahasa Rusia. Nama alat tersebut ialah Kettlebell (Eng; manakala dalam bahasa Rusia disebut Гири - Giri). Saya pernah terbaca satu artikel dalam surat khabar tempatan di mana ianya diterjemahkan sebagai "Besi Tampin". Soalannya ialah: adakah apa-apa cadangan terjemahan dari DBP untuk perkataan Kettlebell? Jika ada, apakah terjemahan sebenar? Jika tiada, bolehkan perkataan besi tampin digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan kettlebell. Sekian Terima kasih | Kettlebell ditakrifkan sebagai “a round weight with a flat bottom and thick handle on top that is used for exercise and weight training”, iaitu sejenis pemberat daripada besi yag berbentuk bulat dan bertangkai dan digunakan untuk senaman. Tampin ialah bakul tradisional yang diperbuat daripada daun mengkuang yang dianyam untuk menyimpan manisan, biasanya dodol. Jika dilihat dari segi ciri-ciri seperti saiz dan bentuk, “kettlebell” seakan-akan tampin. Oleh yang demikian, “Besi Tampin” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “kettlebell” boleh diterima. | Istilah | 24.03.2019 |