mohon pencerahan untuk ejaan nama yang sebenarnya cth Noridah Binti Yahya atau Noridah binti Yahya Navukarasu A/L Ganeson atau Navukarasu a/l Ganeson | 1. Perkataan "binti" itu tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Noridah binti Yahya 2. Tanda baca yang betul bagi anak lelaki ialah a/l. Navukarasu a/l Ganeson | Ejaan | 13.02.2020 |
Assalamualaikum, Bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya bagi penulisan riwayat hadis? Contoh: Ertinya: Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata, daripada Ibn Juraij, beliau berkata, daripada al-Zuhri, beliau berkata, daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, Baginda menanggalkan cincinnya." Harap pihak tuan/puan perhatikan ketepatan setiap tanda baca yang saya gunakan. Terima kasih. | Cara penulisan hadis yang betul: Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata daripada Ibn Juraij, beliau berkata daripada al-Zuhri, beliau berkata daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, baginda menanggalkan cincinnya." | Tatabahasa | 21.11.2019 |
Assalamualaikum, Ejaan mertabat dan matrabat ( perbezaan pada huruf 'a' dan 'e'). Perkataan manakah yang betul bagi ayat berikut: Oleh itu, bagi memertabatkan SK Sultan Yahya Petra 1 sebagai sebuah sekolah yang terbaik dan seterusnya mengekalkan prestasi ini di daerah Kuala Krai, maka satu transformasi yang dirancang dan telah dilaksanakan ialah Program Pemelajaran Interaktif Melalui Internet ( Zoom-A) Ianya bersesuaian dengan Standard KPI Bidang Peningkatan Akademik. PETRA 1 BITARA. | Ejaan yang betul ialah martabat (bukan mertabat), maka kata terbitan yang betul ialah memartabatkan. | Ejaan | 22.04.2012 |
Nur Dania Izzani Aug 29th, 11:12pm Adakah pemenang pertndngan menulis cerpen sudah diumumkan? | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 2nd, 9:25am Sila hubungi bahagian berkenaan dengan menelefon 30-2147 9207 Puan Zabidah Yahya atau Puan Norimah Bajuri Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja 03-2147 9202. | Lain-lain | 02.09.2014 |
Dalam penulisan surat, ada yang menulis "Saya diarah merujuk perkara di atas ..." dan ada pula yang menulis "Saya telah diarahkan untuk merujuk perkara di atas ..." Soalan saya ialah yang mana satu betul? | Encik Yahya, Jawapan yang betul ialah, "Saya diarah merujuk perkara di atas...... kerana kita jarang menggunakan perkataan telah dalam penggunaan ayat seperti ini. Telah lebih mirip dalam penulisan bahasa Inggeris - past tense.Terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2010 |
Saya berminat tentang sebuah karya klasik Melayu lama berjudul Hikayat Raja Muda, bolehkah saya dapatkan maklumat dan nasihat mengenainya? | Hikayat Raja muda ialah salah sebuah cerota Penglipur Lara. Hikayat ini telah diceritakan semula oleh Pawang ana dan dicatat oleh Raja Haji Yahya dari Perak. Hikayat ini kemudian telah diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1964 berdasarkan naskhah R.O Winstesdt dan A.J Sturrock. Untuk membuat rujukan tentang Hikayat Raja Muda ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3 DBP, Kuala Lumpur atau ke Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 29.09.2008 |
assalamualaikum wbt.. saya ingin mendapatkan bantuan untuk mengetahui tentang peribahasa dengan lebih lengkap dan lanjut lagi. Harap pihak DBP dapat memberi penyelesaian terhadap persoalan saya. Terima Kasih. | Untuk maklumat lanjut tentang peribahasa saudara boleh rujuk buku-buku yang membicarakan tentang peribahasa, antaranya; Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu (Abdullah Hussain), Cerita Peribahasa (Haji Yahya Haji Samah) dan 20 Cerita-cerita Peribahasa (Mansor Abdullah). | Lain-lain | 10.04.2009 |
sejarah awal dunia pengiklanan | Sila rujuk bahan ini. Terima Kasih. : 1.Periklanan: suatu pengenalan Mohd Hamdan Adnan Dewan Bahasa dan Pustaka : 1997. 2. The language of advertising Goddard, Angela Routledge, 2002. 3. Iklan dan masyarakat oleh Mohamad Md. Yusoff Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1999. 4. Televisyen dan pengiklanan antara tanggungjawab dengan realiti oleh Azizul Halim Yahya Dewan Masyarakat. 01/11/2004 . | Lain-lain | 16.11.2007 |
Bagaimana ingin membantu murid sekolah rendah (yang tidak tahu membaca) supaya dapat membaca dengan lebih baik lagi selain daripada program pemulihan? | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Di bawah merupakan hasil carian menggunakan KAWAT DBP. Diiharap buku-buku rujukan tersebut dapat menyelesaikan persoalan saudara. | Lain-lain | 13.04.2009 |
Salam sejahtera! Bagi panggilan/gelaran tuan haji, yang mana satu betul? tuan haji atau Tuan Haji? Ayat contoh: assalamualaikum tuan haji/Tuan Haji. Sekian terima kasih! | Gelaran tuan haji ditulis dengan huruf kecil jika merujuk gelaran secara umum. Contohnya: Assalamualaikun tuan haji. Jika gelaran tersebut di hadapan nama khas seseorang, huruf pertama ditulis dengan huruf besar, contohnya Tuan Haji Hamdan Yahya. | Ejaan | 03.11.2021 |