1. Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan 'Yakni' ? | Yakni tidak boleh dimulakan di permulaan ayat. | Makna | 15.11.2007 |
1. bolehkah perkataan yakni diguna dalam ayat bagi menggantikan perkataan iaitu? 2. Bolehkah kata ganti nama ia digunakan sebagai menggantikan sesuatu keadaan atau situasi seperti dalam contoh ayat berikut: Ramai remaja terlibat dalam gejala sosial. Ia menunjukkan institusi keluarga gagal melaksanakan tanggungjawabnya. | 1. Perkataan yakni boleh digunakan. 2. Kata ganti nama "ia" boleh digunakan untuk manusia, benda dan perkara. Penggunaan dalam ayat contoh yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Bolehkah perkataan FELLOWSHIP digunakan dalam bahasa Melayu yakni dalam frasa SKIM FELLOWSHIP PENYELIDIKAN GRADUAN? Jika tidak apakah perkataan yang sesuai bagi menggantikannya. Terima kasih. | Kami mencadangkan agar digunakan frasa Skim Geran Penyelidikan Graduan. T.kasih. | Lain-lain | 30.07.2008 |
Salam sejahtera, menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama “antara” digunakan untuk merujuk lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Adakah ini bermakna sekiranya saya ingin merujuk sesuatu yang mempunyai lingkungan ruang atau jarak, “antara” perlu dihadiri dengan “di”, yakni “di antara”? Bagaimanakah penggunaannya dalam konteks jarak yang terdiri daripada 2 objek dengan jarak yang terdiri daripada 3 objek? Contohnya, Jarak antara/di antara rumah Ali dan/dengan sekolahnya ialah 5km. [konteks ini melibatkan dua objek, yakni Ali (objek 1) dan sekolah Ali (objek 2)]. Bagaimanakah sekiranya lingkungan jarak tersebut melibatkan tiga objek? Mutu berdiri antara/di antara Shami dengan Ahmad. [Dalam konteks ini, terdapat tiga objek, yakni, Shami (objek 1), Mutu (objek 2) dan Ahmad (objek 3)] Adakah “antara” mesti berpasangan dengan kata hubung “dan” manakala “di antara” perlu berpasangan dengan kata sendi “dengan”? Apakah jawapan yang betul? Mohon beri tunjuk ajar. | Jika mempunyai ruang atau jarak, gunakan di antara, termasuk objek yang melebihi satu. Masukkan tanda koma bagi objek melebihi satu dan diakhiri dengan dan. Antara berpasangan dengan kata sendi dengan kerana menunjukkan perbandingan. | Tatabahasa | 04.06.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang satu kekeliruan yang agak mengganggu saya, yakni berkenaan penggunaan istilah bahasa Malaysia dan bahasa Melayu. Saya hanya ingin mendapatkan kesahan sama ada pertukaran istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia sudah berkuat kuasa. Saya menghadapi kekeliruan ini apabila membaca Pelita Bahasa keluaran Ogos 2007. Pada bahagian nota editor, dikatakan bahawa istilah b. Melayu sudah ditukar kepada b. Malaysia, namun mengapa pula istilah b. Melayu masih digunakan dalam artikel-artikel keluaran ini? Dan saya juga bertanya kepada pensyarah saya dan beliau juga mengatakan bahasa istilah b. Melayu tidak ditukar kepada b. Malaysia. Saya amat keliru dan diharapkan pihak DBP dapat membantu. Terima kasih | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Istilah | 04.12.2007 |
bahasa melayu menjadi bahasa ibunda kepada sebahagian besar penduduk di empat buah negara, yakni Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 24.01.2011 |
Munsyi Dewan Kemusyikilan yang sering menghantui minda saya adalah tentang penggunaan kata keterangan 'lagi' dalam frasa kerja transitif, yakni 'meningkatkan lagi taraf kehidupan' ataupun 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Persoalannya, bolehkah kata keterangan 'lagi' dapat disisipkan antara kata kerja transitif dengan frasa nama objek? Pada pengamatan saya, rumus kkt + lagi + objek adalah tidak gramatis kerana kkt dan objek merupakan bentuk terikat. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN | Lagi ialah kata penegas atau yang disebut juga partikel, berfungsi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ayat 'meningkatkan lagi taraf kehidupan 'sememangnya tidak gramatis, yang gramatis ialah ayat 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261. | Tatabahasa | 23.12.2010 |
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa rasmi | Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara kita, bahasa rasmi ialah bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat rujukan/penyelidikan bagi menyelesaikan tugasan saudara ini. | Tatabahasa | 22.05.2010 |
Saya merupakan pelajar sarjana dalam bidang sains komputer,Namun, untuk tesis sarjana, saya telah menggabungkan komputer dan bahasa yakni dalam bidang komputeran linguistik. oleh itu, saya memerlukan data semua perkataan melayu di mana setiap perkataan itu mestilah mempunyai jenis misalnya perkataan makan berjenis kata kerja.Harap pihak DBP dapat membekalkan keperluan itu pada saya.terima kasih. | Kamus Dewan belum lagi memasukkan kelas kata dalam setiap entrinya. Bahagian Perkamusan, DBP sedang menyiapkan Kamus Besar yang memasukkan kelas kata bagi setiap entri. Oleh itu, data tersebut tidak dapat kami sebarkan lagi kerana masih di peringkat draf. Sila rujuk kamus-kamus terbitan lain atau buku yang berkaitan untuk rujukan saudara. | Lain-lain | 15.01.2008 |
'Sekiranya kita berjimat cermat, tentu kita dapat berpindah ke rumah besar semula.' Adakah 'tentu' harus diletakkan di depan 'dapat', yakni 'kita tentu dapat...'? | Kedua-dua frasa "tentu kita dapat" dan "kita tentu dapat" betul. | Tatabahasa | 21.05.2013 |