Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Kakitangan lain memanggilnya 'Phi Yam'. Saya memikirkan bahawa ayat ini salah kerana saya pernah membaca buku Tuntunan Bahasa Awang Sariyan dan memahami bahawa "memanggil" bermaksud mengucapkan atau menjeritkan nama seseorang supaya seseorang itu datang kepada pemanggil. "Memanggil" tidak bermaksud menggelar, seperti "dia dipanggil sebagai Si Bodoh" atau "benda itu dipanggil sanggul". Ayat-ayat sedemikian, menurut Prof. Awang Sariyan, harus dibetulkan kepada: "dia disebut/digelar sebagai Si Bodoh" dan "benda itu disebut sanggul". Betulkan keterangan saya? Jadi, harus dibetulkankah ayat di atas kepada: 1. (a) Kakitangan lain menyebutnya / menggelarnya 'Phi Yam'. ? atau 1. (b) Kakitangan lain menyebutnya / menggelarnya SEBAGAI 'Phi Yam'. (Perhatian: Pembesaran huruf, seperti "SEBAGAI" hanya untuk penegasan, tiada maksud lain.) | Ayat yang gramatis, Dia pernah mengenal gadis itukah? Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.
| Tatabahasa | 20.03.2015 |
Salam sejatera! Perlukah tanda noktah digunakan selepas kependekan seperti YAB/YB/YAM? Adakah tanda noktah cuma digunakan jika kependekan ini disusuli dengan nama/pangkat seseorang? Contoh: YAB. Dato' Seri XXX / YAB. Menteri Besar. Bagaimana pula jika kependekan ini digunakan begitu saja? Contoh ayat di dalam dialog: "Sejak dia digelar YB., makin menjadi betul perangai dia!" Sekian terima kasih. | Penggunaan singkatan yang betul ialah: (1) YAB (2) YB (3) YAM (4) YBhg. | Ejaan | 16.06.2020 |
As Salam Tuan.. Saya ingin membuka Kolam Pancing Udang di Ulu Yam Selangor. Saya ingin merujuk kepada pihak Tuan nama Trademark yang saya hendak gunakan ialah " KOLAM UDANG HERITAGE ". Adakah kegunaan nama Trademark itu dibenarkan. Sekian terima kasih Mohamad Zaini Abu Samah | Waalakumussalam tuan, Untuk makluman tuan, jika tuan hendak meletakkan trademark terhadap nama atau logo syarikat, tuan perlu berurusan dengan pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO). | Lain-lain | 27.02.2018 |
Apakah makna peribahasa bagai ayam dengan tahi? | Untuk makluman peribahasa 'bagai ayam dengan tahi' tidak ada dalam pangkalan data kami. Peribahasa yang ada ialah 'ayam terlepas, tangan bau tahi' yang bermaksud kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. | Makna | 17.05.2011 |
Sekiranya saya ingin menggunakan kata sendi nama diri ketiga untuk merujuk kepada putera dan puteri, adakah "baginda" lebih sesuai, ataupun "beliau"? | Kata sapaan untuk ganti nama diri ketiga yang merujuk putera dan puteri bergantung pada gelaran di sesebuah negeri. Ada negeri yang menggunakan YM. Tengku..............., YTM..............., YAM.................. Saudara juga boleh merujuk Bahagian Protokol dan Adat-istiadat, Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |