Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yan sesuai bagi menggantikan perkataan di mana dalam soalan ini. 'Amplifier Kendalian (op-amp) ialah litar panduan yang mempunyai amplifier bergandaan tinggi dimana suap balik digunakan untuk mengawal ciri-ciri sambutan keseluruhannya."Amplifier Kendalian (op-amp) ialah litar panduan yang mempunyai amplifier bergandaan tinggi dan suap balik digunakan untuk mengawal ciri-ciri sambutan keseluruhannya.Tatabahasa28.09.2022
Selamat sejahtera, Apakah maksud "stapel"? Di pangkalan data DBP terdapat dua terjemahan bagi "Staple". Adakah "Stapel" sama maksud dengan "Kokot"? Mohon bantuan DBP dalam pencerahan. Terima kasih.Perkataan "staple" mempunyai maksud yang berbeza berdasarkan bidang dan kegunaannya.Contohnya bidang kesenian, "yarn staple" diterjemah sebagai "yan stapel", iaitu yan yang diperbuat daripada yan pendek, umpamanya gentian kapas, gentian sayat yang disisir halus supaya lurus dan kemudiannya dipintal. Manakala bagi istilah "wire staple" pula diterjemah sebagai "dawai kokot" , iaitu sejenis dawai yang diperbuat daripada kawat atau dawai yang digunakan sebagai pengikat.Istilah21.05.2015
Adakah betul penggunaan kata adjektif longgar dalam ayat berikut: Persahabatan Kah Yan dan JIa Hui semakin hari semakin longgar nampaknya.Perkataan yang lebih tepat ialah renggang.

Persahabatan Kah Yan dan JIa Hui semakin hari semakin renggang.
Tatabahasa05.03.2013
Peladang itu membimbit bakul yan g berisi sayur-sayuran itu di atas kepalanya. Adakah ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah Peladang itu menjunjung bakul yang berisi sayur-sayuran di atas kepalanya. Tatabahasa23.10.2021
Assalamualaikum, saya sedang menyiapkan assigment saya yan bertajuk " Peranan bahasa dalam pembinaan tamadun". saya ingin mendapatkan maklumat mengenai pencemaran bahsa melayu di kalangan rakyat negara kita pada hari ini. selain itu juga, saya ingin mengetahui tentang peranan bahasa melayu dalam pembinaan Tamdun Melayu.Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau mendapatkan maklumat/ membuat rujukan melalui buku-buku atau majalah-majalah terbitan DBP.Lain-lain22.08.2007
Kami sekeluarga atau saya sekeluargafrasa yan betul ialah kami sekeluarga, kami ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala saya ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk tunggal.Tatabahasa27.02.2010
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim dengan ini Perasmian Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman telah selamat disempurnakan oleh: Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa. BETUL KE AYAT INI?

Cadangan:

Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim.. Saya dengan ini.. merasmikan Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman.

 

 

Lain-lain13.05.2009
Penggunaan huruf: Guru Besar atau guru besar?tatabahasa yan betul ialah guru besar.Tatabahasa14.08.2011
saya ingin bertanya, pada bahagian glosari dialek kelatan, terdapat fonetik yang yan bertanda petak ([]) seperti yang saya lampirkan sebagai gambar untuk entri congok. adakah bentuk tersebut dikira sebagai fonetik? minta penjelasan . terima kasihTanda kurung yang dimaksudkan ialah kurung suku yang digunakan untuk untuk mengapit huruf atau perkataan. Ini bukanlah simbol fonetik tetapi digunakan dalam bidang fonetik untuk mengapit huruf/kata.Tatabahasa23.04.2020
Emak menghidangkan pelbagai makanan. atau Emak menghidankan pelbagai jenis makanan. Manakah yan betul, pelbagai jenis @ pelbagai?Emak menghidangkan pelbagai makanan, pelbagai bermaksud beberapa jenis.Tatabahasa17.01.2012
1234

Kembali ke atas