SAYA INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN BERHUBUNG PENGGUNAAN PERKATAAN "YANG DIHORMATI". APABILA MENULIS SURAT KEPADA SESEORANG BERPANGKAT TINGGI, PENGGUNAAN SINGKATAN "YANG DIHORMATI" YANG MANAKAH BETUL "YDH" ATAU "Ydh"? | Dalam surat rasmi, sapaan yang digunakan ialah tuan atau puan. Sapaan Yang Dihormati boleh digunakan dalam teks ucapan dan hendaklah ditulis penuh, contohnya Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis. | Ejaan | 09.02.2010 |
penggunaan huruf besar kecil yang betul untuk ungkapan - yang dihormati tuan pengerusi majlis | Penggunaan huruf besar dalam dalam frasa yang dihormati tuan pengerusi majlis adalah mengikut konteks penggunaannya. Dalam konteks penggunaan dalam teks ucapan dan sebagainya haruslah menggunakan huruf kecil. | Tatabahasa | 19.07.2007 |
Salam, saya ada kemusykilan berkenaan sapaan hormat misalnya yang berusaha, yang dihormati dan sebagainya. Sekiranya majlis diadakan di sekolah, siapakah yang sepatutnya digunakan yang berusaha dan yang dihormati. Bagaimanakah penggunaanya, Yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah ABC, Encik Ahmad atau Yang berusaha Encik Ahmad, Pengetua Sekolah .... Setiap sapaan seharusnya diikuti dengan nama atau jawatan. Sekian terima kasih | Rujukan kehormat Yang Dihormati digunakan kepada orang-orang yang dihir,ati seperti guru, ketua kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dsbnya. Ynag Berusaha ditujukan kepada pegawai kerjaan yang kanan tetapi tidak mempunyai apa-apa gelaran, sama ada gelaran warisan ataupun anugerah. Kebiasaannya kata sapaan diikuti oleh nama rujukan kehormat. | Tatabahasa | 26.10.2010 |
DI DALAM TEKS UCAPAN RASMI, KITA SEPATUTNYA SEBUT NAMA INDIVIDU DAHULU, ATAU NAMA JAWATAN DAHULU. CTH: YANG DIHORMATI EN. JAMAL ROSLAN, PENOLONG KANAN 1... ATAU YANG DIHORMATI PENOLONG KANAN 1, EN. JAMAL ROSLAN...? TERIMA KASIH. | Mengikut standard dalam penulisan teks ucapan sepatutnya nama jawatan dahulu dan seterusnya nama yang berkenaan. Harap maklum. | Lain-lain | 29.10.2007 |
tuan yang dihormati, izinkan saya untuk mengetahui samada penggunaan sungguh cantik sekali diterima sebagai betul? | Penggunaan kata sungguh cantik sekali betul dan boleh digunakan. Contoh ayat Wanita itu sungguh cantik sekali. | Lain-lain | 10.08.2010 |
Tuan/ Puan yang dihormati, mohon berikan pandangan pada tajuk forum kami. "Dilema Wanita Bandar: Tidakkah Glamor Menyusu Susu Ibu?" Keprihatinan kami adalah pada ayat 'menyusu susu ibu'. Adakah betul penggunaan 'menyusu' itu kerana selepas disemak, perkataan menyusu itu sendiri sudah mewakili 'menyusu daripada badan'. Kami mahu 'highlight' susu badan, bukan susu tiruan/tepung. Adakah pihak tuan/ puan mempunyai cadangan lain? | Menyusu bermaksud menghisap air susu daripada buah dada dan sebagainya. Ini bermakna menyusu juga boleh membawa maksud menghisap susu selain daripada buah dada seperti botol susu. Oleh itu, frasa "menyusu susu ibu" adalah betul. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Tuan/Puan yang dihormati Ayat tersebut dipetik daripada ‘ Hikayat Langlang Buana ‘ dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, hal 37 "Maka barang lakunya tuan puteri itu habis dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu" Saya ingin bertanyakan maksud frasa"barang lakunya" Ribuan terima kasih didahulukan | Maksud frasa "barang lakunya" dalam ayat tersebut ialah segala perbuatan dan tingkah laku Tuan Puteri itu diperhjatikanoleh raja Indera Bumaya. | Sastera | 01.06.2012 |
asalamualaikum..masalah penggunaan beliau. adakah pengacara majlis orang yang dihormati dan perlu menggunakan k.ganti diri ketiga beliau? | Kata Ganti diri ketiga "beliau" sesuai digunakan untuk pengacara majlis. | Tatabahasa | 02.03.2011 |
sesuai atau tidak penggunaan KGD "beliau"digunakan untuk orang yang melakukan jenayah seperti menteri,wakil rakyat dan sebagainya. Bukankah penggunaan beliau hanya untuk orang yang dihormati? 2. ejaan yang betul tersergam atau tesergam 3. boleh ke kita menggunakan kata sendi hingga ke Contohnya Ali menunggu Abu dari pagi hingga ke petang. | Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang tua dan yang dihormati, lazimnya selagi seseorang itu bergelar (kerana pangkat dan gelaran seperti Datuk, Tan Sri dan sebagainya) beliau masih dihormati. | Lain-lain | 21.10.2009 |
Tuan yang dihormati, Saya ingin tahu dengan lebih mendalam tentang SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU. Sekian Terima kasih! Soh He Hong | Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sintaksis saudara bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dan Nahu Melayu Mutakhir terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 10.01.2008 |