Apakah ejaan sebenar bagi penggunaan perkataan berikut? 1. Rejimen Renjer Diraja @ Rejimen Renjer DiRaja? 2. Yang DiPertua @ Yang Dipertua @ Yang di-Pertua | Saudara/saudari, 1. Rejimen Renjer Diraja 2. Yang Dipertua | Ejaan | 22.09.2012 |
Yang Dipertua PIBG atau Yang dipertua PIBG atau Yang Di pertua PIBG atau Yang DiPertua PIBG yang mana satu betul? terima kasih | Ejaan yang betul ialah Yang Dipertua PIBG. | Ejaan | 16.10.2003 |
Bagaimanakah penggunaan istilah "Yang-diPertua" dan "Yang-diPertuan" yang betul serta ejaannya. Adakah penggandaan berentak "sebab-musabab" betul di dalam bahasa Melayu? | Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Penggandaan sebab-musabab adalah betul. | Lain-lain | 29.05.2010 |
Tuan, Dengan segala hormatnya saya ingin mendapatkan satu senarai susunan lengkap mengenai Panggilan Kehormat (contoh; YAB, YB, Yang Amat Berbahagia, Yang Berusaha dan sebagainya) yang digunakan di negara kita dan kepada siapakah gelaran/panggilan kehormat ini ditujukan. Sekian, terima kasih. Yang Benar, Cornelius Laab KotaKinabalu | YAB - Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri; YB- Menteri,Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, Yang Dipertua Dewan Negara,Dewan Rakyat,Tim. Yang Dipertua Dewan,Ahli Dewan Negara/Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. YABhg. - Isteri Yang Dipertua Negeri,isteri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia,Tradisi dan Amalan oleh Mokhtar Hj. Mohd. Toha dan Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri, terbitan DBP. | Lain-lain | 10.09.2007 |
yang mana satu betul, perkataan 'Yang-dipertua Negeri, Sembilan' atau 'Yang-dipertuan Negeri, Negeri Sembilan'? dan 'Ramadan' atau 'Ramadhan'? | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Ramadan | Ejaan | 01.12.2006 |
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000 | NOTA: Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG NO. TEL.: 03-87782000 | Tatabahasa | 22.11.2013 |
Apakah perkataan bahasa melayu bagi perkataan berikut: 1. paradigm shift 2. uncovering of evidence 3. future blueprint 4. Season's greetings Apakah perkataan Inggeris bagi : 1.Yang Dipertua 2. Seniman Agung 3. Salam Sejahtera Adakah perkataan "menari" dan "berdansa" sama? Tolong bagi contoh ayat untuk perkataan2 ini. terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan yang tersebut; 1. anjakan paradigma, 2.mendedahkan bukti, 3.rangka tindakan masa hadapan, 4.Selamat Hari Krismas dan Selamat tahun baru. Dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik, manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 24.12.2007 |
aslamualaikum..saya ingin juga mendapatkan sebarang maklumat mengenai dengan sayembara puisi atau cerpen untuk memudahkan saya menyertainya terutama di sekitar Kota Kinabalu.. | Puan Juliah, Pada tahun ini DBP Cawangan Sabah tidak menganjurkan sayembara puisi atau cerpen. Selain dari DBP, persatuan penulis juga ada menganjurkan sayembara seumpama ini. Puan bolehlah menghubungi Yang Dipertua Badan BAHASA Sabah, Encik Jasni Matlani melalui nombor telefon 0168115593 atau Pengerusi Ikatan Penulis Sabah (IPS) melalui nombor telefon 0128330664. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 30.01.2009 |
saya nak bertanya. apakah perbezaan antara Yang di-Pertua Agung dengan Yang Dipertuan Agung. terima kasih | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 01.10.2012 |
Perbezaan dato` , datuk dan datok | Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja, manakala Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. | Lain-lain | 24.04.2009 |