Selamat sejahtera. Bolehkah perkataan "yang mana" digunakan dalam ayat berikut: "Hotel yang mana lebih baik?" Adakah ayat ini lebih tepat jika dituliskan sebagai "Hotel yang mana satu lebih baik?" ATAU "Hotel mana satu lebih baik?" ATAU "Mana satu hotel lebih baik?" Terima kasih. | frasa yang betul ialah Manakah hotel yang lebih baik? atau Hotel yang lebih baik mana? | Tatabahasa | 19.06.2019 |
Salam, boleh saya tahu kata terbitan 'buka' yang mana yang lebih tepat digunakan dalam ayat berikut, dan mengapa? Dahulu, maraton hanya dibuka/ terbuka kepada kaum lelaki. terima kasih | Kedua-dua kata terbitan teR- dan di- boleh digunakan dalam contoh ayat tersebut. Awalan teR- dalam konteks ini membawa maksud tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Awalan di- dalam konteks ini membawa maksud memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai, menyaksikan dan sebagainya. | Lain-lain | 26.08.2021 |
Mana satu yang betul bagi terjemahan "softball", adakah "sofbal" atau "sofbol"? Kedua2 terjemahan ada di PRPM dan agak mengelirukan yang mana satu yang mana salah. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sofbol bermaksud sejenis permainan besbol yg menggunakan bola yg lebih besar dan lebih lembut. Manakala sofbal tiada makna di dalam Kamus Dewan. Oleh itu, ejaan yang tepat untuk terjemahan "softball" ialah sofbol. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.12.2020 |
Ayat yang mana yang betul, Kos ditanggung sepenuhnya oleh syarikat atau Kos ditangguhan oleh syarikat sepenuhnya. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. Sila betulkan ejaan "ditanggung" | Lain-lain | 04.08.2023 |
Saya nak tanya yang mana betul OPS atau OP dalam tulisan ringkas contohnya Ops Selamat sebelum ni tapi ada juga saya jumpa baru-baru ni OP COVID-19. Penggunaan yang mana satu betul, OPS atau OP bagi menunjukkan maksud operasi. Terima kasih. | Penggunaan yang biasa digunakan untuk nama program ialah OPS SELAMAT, OPS PENAWAR, OPS COVID-19. | Tatabahasa | 12.04.2020 |
Tuan, saya keliru dengan penggunaan dari / daripada: 1) Ali menurunkan almari (dari / daripada) lori. Yang mana satu betul? dari atau daripada? 2) Siti turun (dari / daripada) bas sekolah. Yang mana satu betul? dari atau daripada? Terima kasih tuan. | Jawapan yang betul ialah: 1) Ali menurunkan almari dari lori. 2) Siti turun dari bas sekolah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 265 - 272. | Tatabahasa | 16.03.2025 |
salam. kunjungan hormat kepada atau kunjungan hormat ke atas? yang mana yang betul? terima kasih. | Frasa yang betul ialah "Kunjungan hormat kepada" | Tatabahasa | 12.05.2023 |
a. Dua ciri masyarakat. ATAU b.Dua ciri-ciri masyarakat. Yang mana yang betul, saya keliru. | Frasa yang betul ialah: a. Dua ciri masyarakat Perkataan "ciri-ciri" dan "ciri" boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. Sekiranya terdapat kata bilangan di hadapan perkataan "ciri", perkataan tersebut tidak perlu diulang. Contohnya "banyak ciri", "beberapa ciri", "antara ciri", "semua ciri" dan sebagainya. Perkataan "ciri" dalam konteks ini tidak perlu diulang kerana kata bilangan (semua, banyak, beberapa, antara) telah menunjukkan jamak atau banyak. | Tatabahasa | 24.03.2021 |
Yang mana satu betul dari segi bahasa tulisan resmi? a. Dia tergesa-gesa meninggalkan sekolah. b. Dia meninggalkan sekolah dengan tergesa-gesa | Kedua-dua contoh ayat tersebut betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan dalam penulisan rasmi. | Tatabahasa | 17.01.2020 |
Yang mana satukah ayat tanya ini diterima? i. Keluarga siapa sedang makan makanan? ii. Keluarga siapakah sedang makan makanan? Teruma kasih. | Kedua-dua ayat boleh digunakan. | Tatabahasa | 21.02.2019 |