Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mutakhir (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan terakhir, terbaru, terkini, terkemas kini, moden.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mutakhir ini, gejala-gejala sosial.... atau Mutakhir, gejala-gejala sosial.... Mana satu penggunaan perkataan mutakhir yang betul? Terima kasihPenggunaan yang betul ialah “Mutakhir, gejala-gejala sosial... ”.Tatabahasa18.06.2022
Hai, selamat malam....Dari mana kita boleh mendapat info terkini tentang perubahan bahasa?Terima kasih....Sejak buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu diterbitkan pada tahun 1993, perubahan dari segi bahasa /tatabahasa adalah pada penulisan atau pengejaan kata majmuk, iaitu daripada satu perkataan kepada dua perkataan. Contohnya : pasar raya, bandar raya, urus setia, rumah tangga, alat tulis dsb. Selainnya bukanlah perubahan tetapi pemantapan dalam hukum tatabahasa tersebut. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku rujukan yang mutakhir.Lain-lain21.02.2010
apakah perubahan bahasa / tatabahasa dalam bahasa melayu?Sejak buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu diterbitkan pada tahun 1993, perubahan dari segi bahasa /tatabahasa adalah pada penulisan atau pengejaan kata majmuk, iaitu daripada satu perkataan kepada dua perkataan. Contohnya : pasar raya, bandar raya, urus setia, rumah tangga, alat tulis dsb. Selainnya bukanlah perubahan tetapi pemantapan dalam hukum tatabahasa tersebut. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku rujukan yang mutakhir.Tatabahasa10.08.2007
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai buku Nahu Melayu Mutakhir yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Adakah buku ini ada jual oleh mana-mana cawangan DBP?

Untuk memastikan hal tersebut, sila hubungi DBP Cawangan yang berhampiran di kawasan saudara melalui talian 04-5377 241/242.

Lain-lain28.10.2011
pada zaman mutakhir ini betul ke? atau muktahir ini? atau muktahir ? Penggunaan 'marcapada ini' betul ke? atau cuma letak 'Marcapada' je?

Encik Yu,

Maksud mutakhir ialah terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. Oleh itu frasa yang betul  ialah 'pada zaman mutakhir ini' atau ' mutakhir ini'.

Makna 'marcapada' ialah  dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. Oleh itu, perkataan 'marcapada' sudah memadai. 

Tatabahasa18.05.2010
Peluncuran dan Pelancaran Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Sehubungan dengan perkara tersebut, hamba tidak mendapati "... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020" tiada dalam Kamus Dewan Perdana ms 1367. Sila berikan pencerahan tentang perkara ini. Sekian, terima kasih.Makna baharu yang layak untuk dimasukkan (mengikut piawaian yang telah ditetapkan DBP) akan terakam dalam kamus terbitan DBP yang seterusnya. Untuk makluman tuan, pihak kami sedang mengumpulkan kata dan makna baharu setiap hari (termasuk makna baharu "peluncuran") untuk menjadi calon kata masukan atau makna baharu dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.

"... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP..." ini merujuk kata "pelancaran" (kata yang menjadi contoh perbandingan) yang membawa makna merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Kamus terdahulu tidak merakamkan makna ini.

Justeru berkaitan hal tersebut, masyarakat juga boleh menyumbang atau membuat cadangan kata atau makna baharu melalui Gerbang Kata; Saran Kata di http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx. yang dipautkan di Pusat Rujukan Persuaratan Melayu (PRPM).
Makna05.07.2024
Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah Bahasa Inggeris - character driven Contohnya ayat; Kebanyakkan skrip dokumentari mutakhir, menggunakan kaedah character driven di mana jalan cerita digerakkan oleh seseorang watak atau personaliti utama.Kami mencadangkan perkataan character driven diterjemahkan kepada dorongan watak.Penyemakan dan penterjemahan26.04.2015
Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin. Apa makna perkataan mantra.Dalam istilah puisi mantra sama dengan mantera iaitu kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib.Makna25.10.2009
Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh pihak tuan, saya masih tidak memahami tentang perbezaan "dan" dengan "serta". Bolahkah tuan berikan contoh ayat sebagai rujukan saya? Terima kasihMerujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu.


Contoh: Dia memberi salam serta menjemput kami masuk. 

Kata "dan" digunakan apabila menghubungkan dua perkataan atau ayat, manakala "serta" digunakan bagi menggantikan maksud dan juga.
Tatabahasa24.12.2013
saya ingin mencari maklumat tentang nahu melayu dengan analisis cakupan. Apa yang dimaksudkan dengan analisis cakupanUntuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Nahu Melayu Mutakhir (1980), dan An Introduction to Malay Grammar (1968) oleh Prof Asmah Haji Omar; Grammar of the Malay Language oleh Tassilo Adam dan J.P. Butler (1948); Arbak Othman (1981), Tatabahasa Bahasa Melayu. Makna12.01.2008
1234567

Kembali ke atas