Adakah perbezaan yang nyata sebutan bahasa baku dengan sebutan Johor Riau dari sudut fonologi? | Puan Zakiah, Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. | Tatabahasa | 22.06.2010 |
Perbezaan sebutan baku dengan sebutan melayu Johor-Riau | Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. | Lain-lain | 21.07.2010 |
Jelaskan perbezaan sebutan baku dengan sebutan johor riau dari segi fonologi | Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. | Tatabahasa | 01.07.2010 |
Salam.. apakah perbezaan yang ketara bagi sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi? | Puan, Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. | Lain-lain | 08.07.2010 |
bagaimanakah cara ejaan yang betul untuk perkataan wujud atau ujud? | Kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Wujud: 1. adanya (sesuatu); sedia ada; 2. sesuatu yang ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yang nyata (bukan roh dll), rupa dll yang dapat dilihat. Ujud: yg dikehendaki, maksud, tujuan. | Makna | 09.01.2013 |
1.Cadangan yang disampaikan oleh pegawai sukan itu (jelas/nyata) demi meningkatkan prestasi sukan negara. Jawapan jelas atau nyata betul? Boleh berikan penerangan? Terima kasih! | Saudara, Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata">nyata, ketara dan pasti. Oleh itu kedua-duanya boleh digunakan secara saling berganti. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian. | 1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian. | Tatabahasa | 19.07.2008 |
Saya ingin bertanya mengenai maksud perkataan 'asset-backed sukuk' menurut pengertian dpb/prpm. Saya telah cuba mencari perkataan tersebut dalam 'carian kata' namun tidak ditemui. terima kasih | Asset-backed sukuk ialah sukuk bersandarkan aset. Sukuk ialah sijil yang menunjukkan pemilikan atau hak tuntutan perolehan yang berasaskan syariah. Pemegang sijil boleh memiliki aset yang nyata dalam bentuk syer harta atau syer usaha niaga mengikut kadar tertentu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web www.sukuk.me, www.arabianbussiness.com, atau www.mifc.com. | Istilah | 10.06.2011 |
Jelaskan perbezaan sebutan baku dengan sebutan johor riau (biasa) dari segi fonologi? | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. | Tatabahasa | 05.07.2010 |
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna? | Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. | Tatabahasa | 20.11.2011 |