Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang sebenar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan kepastian bagi perkataan kain sampin atau kain samping.Diantara dua istilah tersebut mana satu perkataan yang sebenar?Perkataan yang sebenar ialah kain samping.Lain-lain25.01.2007
sejak awal tahun 1980-an burger sudah menjadi sebahagian dari warisan cita rasa Melayu yang sebenarsejak awal tahun 1980-an burger sudah menjadi sebahagian daripada warisan cita rasa Melayu yang sebenarTatabahasa14.10.2008
Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQYat "Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar." adalah betul.Tatabahasa16.02.2012
Perkataan Bahasa Arab yang sebenar bagi Papan Putih/Whiteboard? سَبُّورَةٌ atau لَوْحَةٌ بَيْضَاءٌPerkataan bahasa Arab  untuk  papan putih ialah لَوْحَةٌ بَيْضَاءٌPenyemakan dan penterjemahan28.09.2017
APAKAH MAKSUD KEMERDEKAAN YANG SEBENARMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh me­lakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan mele­paskan drpd penjajahan (kurungan dll), mem­bebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll).
Manakala kemerdekaan ialah perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957;
Tatabahasa07.09.2012
Perlu dapatkan pengesahan bagi penggunaan ayat yang sebenar iaitu trek basikal atau lorong basikal

Istilah08.01.2018
Terma untuk brand recall dalam bidang pengiklanan yang sebenar.adakah ianya sama dengan brand to retrieveUngkapan brand recall mengikut karyawan dalam bidang pengiklanan  bermaksud mengaitkan sesuatu barang dengan sesuatu jenama. Contohnya ubat gigi dengan Colgate, racun makhluk perosak dengan shieldtox. Ungkapan ini juga disebut brand to retrieve. Walau bagaimanapun untuk maklumat lanjut sila hubungi Persatuan Pengiklan Malaysia(4As) no. telefon 03-76608535. Istilah31.10.2008
Salam, Tuan/ puan, Mohon jawapan untuk penggunaan perkataan adaptive reuse yang sebenar dalam bahasa melayu. Terima kasihIstilah adaptive reuse diterjemahkan kepada penggunasuaian. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=adaptive+reuse&d=69812&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut.Penyemakan dan penterjemahan13.05.2019
maksud flightinessPerkataan tersebut tiada dalam rujukan kami, sila semak ejaan yang sebenar.Makna22.03.2010
Assalamualaikum, Mohon pencerahan tentang tulisan Jawi, saya ingin mengetahui tentang ejaan terkini perkataan Jawi yang sebenar dan buku apa saya perlu rujuk? Keduanya saya ingin tahu berapakah bilangan huruf Jawi adakah ta marbutah dan ye (ya tiada titik) termasuk dalam huruf-huruf Jawi? Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam.
Puan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua terbitan DBP untuk mengetahui ejaan Jawi terkini.
 Terdapat sebanyak 37 huruf Jawi bentuk tunggal Jawi termasuk ta marbutah dan ya tanpa titik.
Lain-lain24.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas