Tolong nyatakan format surat rasmi yang terkini berserta contohnya sekali. Terima Kasih. | Format surat rasmi tiada yang terkini. Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. | Lain-lain | 14.12.2006 |
bagaimana untuk menyemak ejaan jawi ? | Saudara boleh mendapatkan "Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua" untuk merujuk kata dalam tulisan Jawi. Buku ini merupakan edisi yang terkini yang diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 29.09.2009 |
apakah isu bahasa melayu yang terkini? | Isu terkini ialah isu bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains Matematik, bahasa rojak dan bahasa sms. | Lain-lain | 13.02.2008 |
format surat rasmi yang terkini? | Format surat rasmi tiada yang terkini. Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. | Lain-lain | 18.04.2011 |
di mana saya boleh dapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang terkini ? | Saudara Jong, Sial hubungi Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. saudara boleh juga mengunjungi Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat Bawah, Menara DBP, KL. | Lain-lain | 07.01.2010 |
Bolehkah saya mendapatkan sumber untuk mendapatkan skema pemarkahan Bahasa Melayu untuk UPSR yang terkini? Terima kasih. | Skema pemarkahan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia bukan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.01.2009 |
Format terkini berkenaan cara penulisan minit mesyuarat yang terkini yang dikeluarkan oleh DBP ? Mohon email jika ada . TK | Untuk makluman saudara, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format penulisan minit mesyuarat adalah bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Format minit bagi setiap mesyuarat masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk maklumat lanjut. Sebagai maklumat tambahan, sila rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. | Lain-lain | 10.05.2012 |
Gambarajah dan huraian struktur hirarki mahkamah-mahkamah Malaysia dari sebelum kemerdekaan, sebelum Januari 1987, sehingga Jun 1994 dan yang terkini? | Sila rujuk buku-buku tentang mahkamah di Malaysia atau Jabatan Peguam Negara. | Lain-lain | 26.10.2007 |
Saya ingin mengetahui format surat rasmi yang terkini. | Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 yang dikeluarkan oleh jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan format surat rasmi. | Lain-lain | 18.08.2009 |
Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ? | Editor Majalah Pelita Bahasa ialah Norazlenda Abd. Hadi dan beliau boleh dihubungi melalui alamat e-mel nazlenda@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat mengenai majalah Tunas Cipta sila hubungi editor Abdul Ghani Abu melalui e-mel ghanig@dbp.gov.my. | Lain-lain | 08.06.2012 |