Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang tuntas;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Adakah ayat ini betul: "KE ARAH KELESTARIAN YANG TUNTAS". terima kasihKelestarian bermaksud keadaan lestari atau seperti sediakala dan tuntas bermaksud menyeluruh dan lengkap. Melihat kepada makna perkataan-perkataan tersebut, frasa yang dibina sukar untuk difahami maknanya oleh masyarakat umum.Tatabahasa09.06.2011
Bagaimanakah penggunaan perkataan tuntas.Pelajar saya akerap menggunakan perkataan tuntasnya, secara tuntas dalam karangan mereka.Yang mana satu betul.Maksud tuntas ialah menyeluruh ,singkat,tegas.Mohon penerangan.Terima kasih.Tuntas bermaksud secara menye­luruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja) atau tegas. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam wacana bagi menggambarkan maksud tersebut dan perlu disesuaikan dengan fungsinya sebagai adjektif.Tatabahasa06.07.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan novel popular dan novel berat? Apakah perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis novel?

             Untuk pengetahuan saudara, belum ada definisi yang tuntas berkaitan dengan novel popular dan novel serius. Walau bagaimanapun kedua-dua novel ini dapat  dibezakan. Antara ciri-ciri novel popular ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel popular diminati oleh golongan remaja. Novel  popular juga  mempunyai nilai komersial, yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya.

 

              Manakala novel serius pula dikenali juga sebagai novel intelektual iaitu novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel serius, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. 

Sastera28.11.2019
Lagu lagu di Malaysia sering menggunakan perkataan COBA. Mana yang betul? Cuba atau COBA? Adakah salah menggunakan COBA? Apa maksud tuntas?Ejaan dan sebutan yang betul dan baku ialah cuba. Coba tidak baku dari segi sebutan dan ejaan. Makna tuntas menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, sempurna, komprehensif dan makna lain ialah singkat dan tegasLain-lain19.01.2009
Tuan DBP, apakah perbezaan antara "upaya" dengan "keupayaan"? Pada hemat saya, "upaya" seerti "keupayaan". Upaya bermaksud daya membuat sesuatu. Orang marcapada lebih cenderung menulis bentuk "keupayaan" berbanding dengan "upaya". Mengikut kefahaman saya, jika sesuatu kata nama ditambah dengan apitan ke-...-an, terhasil maksud keadaan kata nama itu. Maka "keupayaan" bermaksud keadaan upaya. Adakah makna ini dikhususkan kepada tahap upaya kita, iaitu sejauh manakah kita dapat melaksanakan sesuatu? Saya hendak mengusulkan pembatalan kata "keupayaan" kerana tidak diperlukan. "Upaya" sudah menyampaikan maksud daya itu., melainkan jikalau kata "keupayaan" bermaksud tahap upaya kita, iaitu ketinggian dan kerendahan upaya, saya terimalah maksud itu dan tidak usah dibatalkan kata "keupayaan".Kadangkala sukar untuk mencari perbezaan makna  yang jelas antara akar kata dengan kata terbitan, kecuali melihat contoh penggunaannya dalam ayat. Contoh ayat,  kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah upayaku (daya usahaku). Manakala ayat, bahasa itu sendiri perlulah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah bahasa moden (kemampuan). Sebarang cadangan untuk kata baharu atau pemansuhan kata boleh dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkamusan, DBP kerana penggubalan setiap kata (termasuklah pemansuhannya) dibuat mengikut proses tertentu, dan bukanlah sewenang-wenangnya digugurkan dalam entri kamus terbitan yang akan datang semata-mata berdasarkan pandangan yang tidak disokong dengan hujah yang tuntas.Makna14.08.2016
Kawan saya pernah menyebut "secara tutasnya.." dia sendiri xtau ape maknanya tp perkataan itu pernah di guna utk karangan semasa sekolah.. cth ayat: "Secara tutasnya, keadaan itu sudah biasa dilihat." Apakah maksud 'Tutas' di sini? Adakah itu boleh digunakan?Kata yang betul ialah 'tuntas' yang bermaksud menyeluruh, sempurna dan komprehensif. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan penjelasan lanjut.Makna25.12.2009
Adakah penggunaan kata adjektif 'luhur' dalam ayat berikut betul? “...suatu bentuk pemikiran baharu yang luhur dan benar-benar tuntas untuk mencari penyelesaian terbaik...”Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud luhur ialah: mulia/agung/tinggi.  Pemikiran baharu kurang sesuai disebut luhur.  Mungkin boleh digantikan dengan perkataan "baik".Tatabahasa25.05.2017
Takrif frasa 'buang tabiat' dan asal - usulnya.Tiada maklumat tentang asal usul perkataan buang tabiat dalam pangkalan data kami. Hal ini berkemungkinan berkaitan dengan budaya masyarakat Melayu sering melihat sesuatu yang di luar dugaan berlaku apabila seseorang itu bertindak bukan sebagaimana lazimnya. Walau bagaimanapun tiada kajian tuntas atau dapatan yang benar tentang tanggapan ini.Lain-lain28.12.2017
Adakah DBP menerbitkan kamus yang memberi definisi perkataan-perkataan bersertakan golongan kata seperti yang telah diterbitkan oleh pelbagai kamus bahasa Inggeris (Oxford, Longman, dll.)? Contoh: Makan - 1. (kata kerja) perbuatan.... 2. (kata nama) santapan... Sesetengah perkataan yang dicari di halaman Carian Kata PRPM tidak mempunyai paparan golongan kata. Sebagai contoh, perkataan "punya" tidak diberi golongan katanya di halaman tersebut, tetapi hanya diberi penjelasan definisinya. Paparan golongan kata mampu meyenangkan lagi tugas penyelidik dalam bidang linguistik seperti saya. Terima kasih.

Untuk makluman tuan, DBP telah menerbitkan buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan: Edisi Baharu, 2008 yang memerikan perkataan berserta dengan golongan kata. Sebagai contoh, perkataan makan diberikan pemerian dan golongan kata berserta kata terbitan yang terhasil pada halaman 538 manakala perkataan punya pada halaman 681.

Bagi penyelidik linguistik seperti tuan, kami cadangkan tuan mempelbagaikan sumber rujukan bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang lebih tuntas.

Tatabahasa04.06.2014
Bolehkah saya terjemahkan "dexterous" kepada cekap? Berikut merupakan definisi yang diberikan oleh Cambridge Dictionary having the ability to perform a difficult action quickly and skilfully with the hands; having the ability to think quickly and effectively or to do something difficult extremely wellDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak melaksanakan fungsi terjemahan. Saudara bolehlah merujuk kepada  Institut Terjemahan & Buku Malaysia untuk jawapan yang lebih tuntas. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay Dictionary (Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2001), ada dua padanan yang diberikan untuk dexterous, iaitu (a) skilful with one's hand, cekap: She's very dexterous with the knitting needles. Dia sangat cekap mengendali jarum kait. (b) skilfully perform, tangkas: a dexterous movement pergerakan yang tangkas. Kedua-dua padanan ini adalah berbeza mengikut konteks ayat atau penggunaannya.  



Penyemakan dan penterjemahan06.02.2024
12

Kembali ke atas