Puan, Apakah perbezaan antara " walaupun", " sungguhpun" dan "walhal". Tolong jelaskan. Terima kasih. | Sungguhpun, walaupun, walhal, mahupun, meskipun dan kendatipun adalah sebahagian daripada kata hubung keterangan yang yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Tiada perbezaan dalam penggunaan perkataan tersebut. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. III Menggantikan unsur-unsur tertentu kepada kata dasar. IV Mencantumkan huruf dan suku kata serangkaian perkataan sesedap sebutan. A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IV | Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. A. I dan II | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Ibadurrahman (hamba yang disayang Yang Maha Pengasih? (Surah al-Furqan, ayat 63) Jika mahu kekalkan perkataan ibadurrahman, bagaimana ejaannya? | Dalam ungkapan umum perkataan yang lazim kita temukan ialah Abdul Rahman, iaitu nama lelaki yang beragama Islam. Jika tidak dikaitkan dengan nama orang, ungkapan yang betul ialah terjemahannya, hamba yang disayangi Yang Maha Pengasih kerana عبد الرحمن ialah perkataan Arab dan perkataan Arab tertakluk pada keiaitu dudukan atau fungsinya di dalam ayat dan barisnya akan berubah mengikut fungsi yang tersebut. Oleh itu, jika tuan hendak menggunakannya dalam konteks umum, maka gunakanlah terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu dan jika tuan ingin mengekalkan penggunaannya seperti dalam bahasa Arab, maka hendaklah sesuai dengan konteks penggunaannya. Contohnya dalam buku agama yang memerihalkan tajuk yang berkaitan. | Lain-lain | 02.12.2013 |
Tuan, Frasa mana yang betul? 1) yang dibuatnya atau 2) yang dibuat olehnya. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah yang dibuatnya. | Tatabahasa | 18.11.2013 |
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong. | 1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah bebas. 3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya koyak kerana disambar api. 8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong. Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
1. Hanya kakak yang akan meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. 2. Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. Ayat yang manakah gramatis? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1". | Tatabahasa | 15.08.2013 |
1) Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Mohon penjelasan yang lebih lanjut terhadap jawapan yang diberi oleh pihak tuan. Pengurus kilang itu sentiasa curiga _________ kejujuran anak buahnya. A. tentang B. terhadap | Terhadap - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Tentang - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. Perkataan yang tepat ialah tentang. | Tatabahasa | 02.09.2013 |
Adakah terdapat istilah Yang Hormat atau YH dalam surat menyurat? contohnya YH Dato', YH Datin dan sebagainya | Istilah YH tiada dalam kata sapaan. Kata sapaan yang betul ialah Yang Berhormat. Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Ibu bapa perlu berperanan penting ___ keselamatan anak-anaknya. 'tentang' / 'dalam' / 'terhadap', yang manakah paling sesuai ? | Terhadap - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Tentang - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. Jawapan yang paling tepat ialah tentang. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Adakah ayat ini betul? Budak yang mendekati orang tua itu bertanyakan asal-usul peristiwa yang berlaku. | Ayat yang betul ialah "Budak yang mendekati orang tua itu bertanyakan rentetan/punca peristiwa yang berlaku." | Tatabahasa | 21.07.2013 |