Apakah perbezaan antara yatim, piatu dan yatim piatu semasa mengisi maklumat murid yang terdapat dalam pengkalan data murid APDM ada tiga pilihan iaitu piatu, yatim dan yatim piatu | yatim =anak yg kematian ibu atau bapanya yatim piatu = anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya Piatu- tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri. Yatim dan yatim piatu mempunyai maksud yang sama. Saudara boleh memilih dan merujuk kepada pembuat sistem maklumat tersebut. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
1. Sebahagian daripada anak-anak yatim 2. Sebahagian daripada anak yatim 3. Sebahagian anak yatim adakah ketiga-tiga ini jugalah betul? terima kasih. | Frasa yang tepat ialah sebahagian daripada anak-anak yatim. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
Apa khabar, adakah benar bahawa istilah yatim digunakan untuk anak yang ketiadaan bapa, piatu digunakan untuk anak yang ketiadaan ibu dan yatim piatu bagi anak yang ketiadaan kedua-dua ibu bapanya? | Betul. Anak yatim bermaksud anak yang kematian bapa, sementara anak yatim piatu bermaksud anak yang kematian ibu dan bapa, namun istilah piatu tidak dimaksudkan anak yang kematian ibu. Terima kasih. | Makna | 23.01.2018 |
Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. Yatim = kematian bapa 2. Piatu = kematian ibu bapa 3. Yatim piatu = kematian ibu bapa soalan saya, kematian ibu sahaja = ? | Salam sejahtera saudara Sham, Anak yatim juga digunakan untuk anak yang tidak beribu merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu anak yang tidak berbapa dan (ada juga dipakai untuk) anak yang tidak beribu atau tidak beribu bapa. Sila layari yatim">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=yatim untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut. | Makna | 01.10.2012 |
Apakah perbezaan makna antara perkataan "yatim" dengan "piatu"? | Kamus Pelajar menakrifkan yatim sebagai anak yang kematian bapa, dan perkataan piatu lazimnya hadir dalam frasa yatim piatu, iaitu anak yang kematian ibu dan bapa. | Makna | 28.01.2015 |
Anak-anak yatim itu bertuah kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang mengambil berat__kebajikan mereka. MUNSYI, SAYA WASWAS SAMA ADA SELEPAS MENGAMBIL BERAT, WAJARLAH DIIKUTI DENGAN KATA SENDI ATAU TIDAK, TQ | Dalam konteks ini kata sendi nama perlu untuk membawa maksud rujukan sesuatu benda yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama yang sesuai ialah "tentang". | Tatabahasa | 25.03.2012 |
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih. | Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa". | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Ayat manakah yang tepat? a) Sebahagian hartanya didermakan untuk anak-anak yatim. b) Sebahagian daripada hartanya didermakan untuk anak-anak yatim. Adakah 'untuk' dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan 'kepada'? | Ayat yang tepat ialah ayat (b) kerana kata sendi nama daripada dalam ayat ini menyatakan sebahagian daripada semua. Kata sendi nama untuk dalam contoh ayat ini boleh digantikan dengan kata sendi nama kepada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 dan 276. | Tatabahasa | 12.07.2009 |
Isteri kehilangan suami dipanggil balu, suami kehilangan isteri dipanggil duda, anak kehilangan seorang daripada ibu bapanya dipanggil yatim, jika kedua - duanya, dipanggil pula yatim piatu. Adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk menggelar ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian? | Dalam pangkalan data kami, tiada gelaran khusus untuk ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian. | Makna | 05.07.2018 |
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur" | Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur. | Tatabahasa | 22.05.2017 |