Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Yang Berbahagia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ybhg


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bagaimana ejaan sebenar singkatan/gelaran Yang Berbahagia? YBhg / Y.Bhg. / YBhg. / Ybhg. / YBHG. Sekian. Nota: "Sekiranya saudara ingin .... klik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri." <-- Tuan, tiada menu Carian Kata pada sebelah kiri.Ejaan yang betul ialah YBhg.Ejaan10.11.2011
1) Singkatan mana satu yang betul untuk Yang Berbahagia, a) YBhg. atau b) Ybhg. atau c) Ybhg (tanpa titik) 2) Perkataan "sama ada' atau 'samada" Terima kasih.1. Mengikut pedoman ejaan, ejaan yang betul ialah YBhg.. Walau bagaimanapun ejaan YBhg juga kini banyak digunakan, antara alasan yang diberikan termasuklah menyelaraskan ejaan YBhg dengan ejaan singkatan nama-nama pingat kebesaran seperti dalam buku Protokol di Malaysia. Hal ini lebih kepada gaya penulisan dan penerbit boleh mengikut gaya mana hendak diamalkan dengan syarat penulisannya mestilah tekal (tidak berubah-ubah) dalam keseluruhan teks dan wacana.
2. Ejaan yang betul ialah sama ada.
Ejaan02.03.2012
1. Cara penulisan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia, YBhg. atau YBhg? Merujuk PRPM, YBhg (tanpa titik) takrif untuk kependekan Yang Berbahagia (sumber Kamus Dewan Edisi Empat). 2. Mana yang betul? 'Merujuk perkara di atas' atau 'merujuk kepada perkara di atas'. Kamus Dewan Edisi Empat memberi contoh ayat 'merujuk kepada risalah' manakala dalam jawapan Khidmat Nasihat frasa yang betul ialah 'merujuk perkara' (tanpa kepada). Sekian, terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah YBhg

2. Frasa yang betul ialah 'Merujuk perkara yang tersebut di atas ...' 

Tatabahasa31.01.2011
YBhgYBhg.Ejaan22.08.2013
YBhg.YBhg.Ejaan21.06.2011
(Perkataan Penuh): Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Proffessor, pihak kami akan mengadakan... Singkatan: 1)YBhg. Prof., ... 2)YBhg. Prof, ... 3)YBhg. Prof. ... Yang manakah penggunaan tanda bacaan yang tepat bagi singkatan perkataan Proffessor dan kemudiannya diikuti dengan tanda koma?Yang Berbahagia atau kependekkannya YBhg. mengikut Kamus Dewan ialah rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Maka berdasarkan pengertian berkenaan,  sapaan individu yang mempunyai gelaran Profesor (Prof.) ialah "Tuan". Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan YBhg. Prof.  Dalam ayat ditulis "Untuk makluman YBhg. Prof., pihak kami...".Makna28.01.2014
1. Apakah ejean yang tepat untuk Yang Berbahagia, Yang Berusaha, YBhg atau YBhg.,YBrs atau Y.Brs. atau YBrs. 2. Jika ejaan bagi screw ialah skru, bukan skrew. Dengan demikian crew harus dieja kru bukan krew. Ejaan tidak seragam antara TV3, RTM dan akhbar. Sila beri penjelasan. 3. Saya masih keliru tentang penentuan waktu. Saya pernah merujuk dgn BDP pada awal tahun 2000. Petang bermula pada pukul 2.00 hingga 6.59 petang. Malam bermula dari pukul 7.00 hingga 11.59 malam. Penentuan waktu ini tidak seragam. TV3 menggunakan petang dari pukul 1.00 hingga 7.00 petang. Ada ketikanya 7.30 pun masih petang. Boleh tuan jelaskan tentang penentuan waktu ini. Terima kasih.

YBhg. Datuk,

i. Ejaan yang tepat ialah YBhg. dan YBrs.  ii. Sehingga kini tiada pembentukan kata kru atau krew. Padanan yang digunakan ialah petugas, pekerja atau anak kapal. 3. Pukul 12.00 hingga 1.59 ialah tengah hari; 2.00 hingga 6.59 ialah petang; 7.00 hingga 11.59 ialah malam; 12.00 hingga 12.59 ialah tengah malam; 1.00 hingga 11.59 ialah pagi.

Dicadangkan semua stesen penyiaran di bawah Kementerian berkenaan bertemu dan membuat satu keputusan tentang penyeragaman penggunaan bahasa di semua stesen penyiaran.

Tatabahasa13.05.2010
Mohon pencerahan. Penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Terima kasih.
Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir  penghujung ayat.
Ejaan26.10.2017
Yang mana satu betul: YBhg Datuk atau YBhg. DatukEjaan yang betul ialah YBhg. Datuk.Ejaan22.04.2014
Mohon pencerahan untuk penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Adakah betul sekiranya ada dua titik noktah di penghujung ayat. Contoh ayat : "Bersama-sama ini dilampirkan Atur Cara Majlis Sambutan Hari Kitar Semula 2017 seperti di Lampiran 1 untuk perhatian YBhg.Prof. Dr.." Sekian, terima kasih.Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir  penghujung ayat.

Terima kasih.
Lain-lain30.10.2017
12345678910...

Kembali ke atas