Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yén] | يين

Definisi : (yén) unit mata wang Jepun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yén] | يين

Definisi : /yén/ unit mata wang Jepun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami sekeluarga atau saya sekeluarga?

Yen Peng,

Kedua-dua ayat ini  betul tetapi kita perlu ingat bahawa saya digunakan sekiranya hanya seorang yang bercakap, manakala kami merujuk lebih daripada seorang. Terima kasih

Makna25.03.2010
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih.

Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah:

1. me/nye/dia/kan
2.pa/kaian
3.ja/ngan
4. men/de/ngar
5. te/ngah
6. me/nye/pak
7. de/ngar
8. me/ngam/bil
9. me/nyim/pan
10. per/mai/nan
11.de/ngan
12. mem/pu/nya/i
13. me/nyen/tuh
14. me/na/ngis

Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut.

 

 

Tatabahasa28.04.2010

Kembali ke atas