Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Yang Mulia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ym


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah panggilan hormat yang sesuai digunakan pada surat rasmi untuk penerima yang bernama YM Raja Faris Raja Razak? Adakah YM Tuan, YM Raja atau cukup sekadar YM sahaja?Panggilan hormat yang digunakan pada surat rasmi untuk penerima yang bergelar keeturunan Raja ialah YMLain-lain03.10.2022
YM RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ SOALANNYA: ADAKAH BETUL DILETAKKAN PERKATAAN HAJI DI AWAL cth: HAJI YM ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ atau PERKATAAN YM DULU BARU PERKATAAN HAJI cth: YM RAJA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ.Yang betul ialah gelaran seperti YM/YB/Haji (Maklumat lanjut tentang gelaran, sapaan dan sebagainya boleh rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi) dan diikuti dengan nama, contohnya: YM HAJI RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ.Lain-lain29.04.2009
Apakah panggilan hormat di dalam surat untuk individu dengan nama YM Ungku? Adakah kandungan surat menggunakan gelaran YM Ungku atau Tuan?Panggilan hormat untuk "Ungku" ialah "YM Ungku" dan perlulah ditulis juga dalam kandungan surat.Lain-lain15.08.2023
Apakah terjemahan bagi "computer-aided design"? Terima kasih

YM Tengku,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah reka bentuk dibantu komputer. YM Tengku boleh melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu YM Tengku mendapatkan padanan dalam bahasa Melayu.

 

Istilah24.07.2009
Ejaan YM TengkuEjaan yang betul ialah YM Tengku.Ejaan02.11.2010
YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZYM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZLain-lain15.11.2010
Salam di dalam surat rasmi jika orang yang menandatangani surat itu mempunyai nama Raja,perlukah gelaran YM diletakan sebelum nama tersebut? contoh YM Raja Abu Raja Ali atau hanya perlu ditulis nama sahaja Terima kasihKata sapaan  untuk Raja dan Tengku ialah Yang Mulia, contohnya Yang Mulia Raja Azman atau Yang Mulia Tengku Ahmad.  Dalam surat rasmi, kata sapaan tesebut perlu ditulis.Tatabahasa26.09.2013
Mohon kepastian jika ayat ditaip YM. Tengku Dato’/ YH. Dato’/ Tuan/ Puan. Penggunaan / ditaip bagaimana di dalam kertas kerja atau surat?Berikut merupakan penggunaan yang betul:

YM Tengku Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/Puan
Ejaan05.11.2020
untuk panggilan hormat, sekiranya penama mempunyai nama Raja/Tunku/Tengku, bagi penulisan surat rasmi panggilan dalam ayat perlukah diletak panggilan hormat YM juga Terima kasihPerlu letak panggilan YM tersebut.Lain-lain20.09.2018
Seseorang yang namanya bermula dengan gelaran warisan seperti Raja, Tengku, Tunku, dan sebagainya biasanya kita memanggil mereka dengan panggilan hormat sebagai 'Yang Mulia' (YM) dan bukannya encik. Tetapi dalam bahasa Inggeris, apakah gelaran yang perlu kita gunakan dalam konteks Malaysia? Adakah "Mr. Tengku Nazri" atau masih "YM Tengku Nazri"?Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menangani permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Inggeris adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanpun sedikit maklumat yang dapat kami berikan, jika budaya berbahasa Melayu ingin dikekalkan dalam teks bahasa Inggeris, maka penggunaan YM Tengku Nazir boleh digunakan.Tatabahasa29.05.2012
123

Kembali ke atas