Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yo.ga] | يوݢا

Definisi : 1. sistem falsafah Hindu yg bertujuan menyatukan diri dgn Tuhan dgn mengheningkan fikiran (spt dgn bertafakur, dsb) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran; 2. = senaman ~ berbagai-bagai cara utk mengheningkan (menenangkan) fikiran, spt dgn bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yg bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yg sihat; beryoga melakukan (senaman) yoga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yo.ga] | يوݢا

Definisi : satu sistem mengheningkan cipta atau menenangkan fikiran. beryoga melakukan yoga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yoga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(Orang ramai di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) ATAU (Ramai orang di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) Antara yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul?Orang ramai sama maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. Merujuk ayat saudara, ayat pertama adalah betul, iaitu Orang ramai (masyarakat) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani. Ayat kedua kurang tepat kecuali jika ditukarkan menjadi, Banyak orang (bukan ramai orang) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.Tatabahasa17.01.2011
Salam sejahtera. Saya mahu minta bantuan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan padanan istilah "Ascended Masters" kepada bahasa Melayu. Adakah tersedia apa-apa padanan yang sesuai untuk istilah tersebut? Adakah sesuai jika diterjemahkan menjadi "guru alam ghaib"? Jika mengikut takrifan, Ascended Masters ialah: "The Ascended Masters comprise what is known as the “Spiritual Hierarchy of Earth,” also known as the “Great White Brotherhood,” though the latter is a potentially misleading name in that Ascended Masters are not all male, and not all white – in fact Caucasian Masters are in the minority. The term “white” refers to the type of magic used – a term which goes back at least to the ancient Yoga Sutras of Pantanjali." (Chapter IV, verse 7).Waalaikumussalam ...
 Hasil carian melalui Google, panggilan bagi "Ascended Masters" ialah "Great White Brotherhood". jika ingin menggunakan perkataan "Ascended Masters" atau "Great White Brotherhood" dalam penulisan tuan/puan boleh menggunakan perkataan ini dengan meletakkan tanda petik atau diitalikkan perkataan tersebut. Buat masa ini pihak kami masih belum ada terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut yang memerlukan perbincangan yang mendalam bagi mendapatkan terjemahan ini.
Sekian terima kasih
Makna19.08.2021

Kembali ke atas