Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yong] | يوڠ

Definisi : 1. Pr nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
LEE YONG CEAN 016 - 6626885Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain18.05.2017
Perkataan Sebenar Mak Yong atau Mak Yung

Saudara Warisna,

Perkataan yang betul ialah Makyung. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Ejaan24.07.2009
Tuan, Saya Goik Khai Yong ingin menayakan bahawa adakah 'contohnya' boleh digunakan pada permulaan ayat bagi Tingkatan 4 & 5 dalam peperiksaan kertas 1 ? Tetapi guru Bahasa saya yang baru-baru ini telah menghadiri sebuah mesyuarat dan beliau telah menyampaikan maklumat kepada kita bahawa 'contohnya' tidak boleh digunakan, dan sepatutnya 'sebagai contoh'. Oleh yang demikian, bolehkah tuan menjelaskan kepada saya yang mana satu boleh digunakan?Frasa "sebagai contoh" dan "contohnya" boleh digunakan pada permulaan ayat. Namun begitu, frasa yang lebih gramatis ialah "sebagai contoh".Tatabahasa16.06.2014
Salam, betulkah penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat ini? - Chu Yong menyorok di belakang seketul batu besar. Terima kasih.

Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu, jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu dan sekiranya besar sehingga orang boleh menyorok di belakang, tidak perlu  diletakkan penjodoh bilangan.

Tatabahasa11.08.2014
Slmt sejahtera, saya ingin tahu bil yang terbaru saya. Nama: Yong Siew Chin Alamat: 14A-2, Jln Melaka Raya 14, Tmn Melaka Raya, 75000 Melaka. Sekian, terima kasih.

Maaf, apakah soalan yang ingin sdr. kemukakan? Terima kasih kerana menggunakan Sistem Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut:

 Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa

Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut:

  • Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
  • Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
  • Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
  • Carian pantun dan biodata penulis/penyair
  • Penyemakan bahasa Melayu klasik

Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi:

  • Peluang penerbitan
  • Panduan penulisan buku
  • Hak cipta dan royalti.
  • Penyediaan manuskrip.
  • Proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi

  • Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
  • Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
  • Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP.
Lain-lain04.01.2011
APAKAH JAWAPAN YANG SESUAI BAGI SOALAN BERIKUT YANG DIPETIK DARIPADA KERTAS SOALAN PENILAIAN SEMESTER PERTAMA SJK(C) PUAY CHAI 2, BANDAR UTAMA : PUAN YONG SEDANG ........... KULIT AYAM YANG BARU DIBELINYA. A) MENYIANG B) MENGUPAS C) MENYIAT D) MELAPAH PADA PANDANGAN SAYA, JAWAPAN IALAH C, TETAPI CIKGU MENYATAKAN BAHAWA JAWAPANNYA IALAH A. TERIMA KASIH. JESSICA

Puan Jesica, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

menyiang (ikan, ayam dsb)utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. mencarik halus-halus (dgn tangan, gigi, paruh, dll), mencarik (kertas), manakala menyiat bermakna mengoyak (kulit drpd daging, kertas, dll),

melihat daripada makna yang diberikan dalam kamus dewan, kedua-duanya boleh digunakan. Namu  pada kebiasaannya perkataan yang lebih tepat ialah menyiat. Terima kasih

Makna17.03.2009
Tuan, adakah peribahasa boleh digunakan pada permulaan ayat ?(cth. Dengan kartu terbuka, keadaan jalan raya yang licin akan menyebabkan kemalangan jalan raya./ Bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa bolos sekolah merupakan masalah disiplin sekolah.) Sekian . Goik Khai Yong.Tuan, adakah peribahasa boleh digunakan pada permulaan ayat ?(cth. Dengan kartu terbuka, keadaan jalan raya yang licin akan menyebabkan kemalangan jalan raya./ Bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa bolos sekolah merupakan masalah disiplin sekolah.) Sekian . Goik Khai Yong.
Tidak menjadi kesalahan dalam tatabahasa Melayu untuk memulakan ayat dengan peribahasa, yang penting pastikan peribahasa yang digunakan membawa maksud yang ingin disampaikan.
Tatabahasa22.01.2014
1. Kami berkelah di pantai. 2. Kami berkelah di tepi pantai. "di pantai" atau "di tepi pantai", mana satu yang betul?

Encik Yong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Kedua-dua ayat yang diberikan betul cuma ayat kedua berkelah di tepi pantai adalah lebih gramatis.

terima kasih

Makna30.10.2009
1. Tentara udara itu membuat terjunan dari kapal terbang tentera. 2. Tentara udara itu membuat terjunan daripada kapal terbang tentera. Penggunaan "dari" dan "daripada", manakah satu ayat yang betul? Mengapa?

Encik Yong,

Frasa yang betul ialah dari kapal terbang, iaitu merujuk tempat. 

Tatabahasa10.03.2010
Saya ingin membuat pertanyaan berikut: 1) Penggunaan huruf besar atau huruf kecil Contoh ayat: Di Sarawak, tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Ibanda dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu. Soalan: ejaan tarian ngajat adakah dieja Tarian Ngajat - huruf besar kerana nama khas. Ejaan tarian datun julut adakah dieja Tarian Datun Julut kerana nama khas? 2) Ejaan nama-nama tarian yang ada di Malaysia seperti tarian asyik, tarian payung, tarian piring, tarian mak yong dan sebagainya adakah dieja dengan huruf besar? Kekeliruan berlaku kerana ada editor saya yang mengatakan ia adalah nama khas untuk tarian tersebut. Setelah saya rujuk kepada KD ke3 dalam sub tarian, ejaan adalah huruf kecil Sila beri jawapan selengkapnya dengan segera. Kerjasama pihak anda sangat diperlukan kerana saya telah cuba menelefon talian tertera tetapi tiada jawapan walaupun 10 minit deringan berbunyi. Terima kasih.Setiap kata nama khas mestilah dieja dengan huruf besar. Contohnya, Tarian Ngajat, Datun Julut, Tarian Payung, Tarian Asyik, Tarian Piring, Tarian Mak Yong dan sebagainya.Tatabahasa10.09.2008
12

Kembali ke atas