salam tuan. Mohon pendapat tuan ttg ayat2 di bawah: 1-a) Zamri menunggang basikal ke sekolah. 1-b) Zamri ke sekolah menunggang basikal. 1-c) Zamri ke sekolah menaiki bas. 2-a) Mereka makan di kantin pada waktu rehat. 2-b) Mereka makan pada waktu rehat di kantin. B/mana pndpt tuan ayat nombor 1 dr segi struktur dll. Boleh diterima sbg betul atau tdk tepat? Bagi saya, ayat 2 tidak salah. Bezanya hanya pada peluasan predikat shj. T/kasih. | Semua ayat tersebut adalah betul, perbezaan hanyalah predikatnya sahaja sama ada Frasa Kerja atau Frasa Sendi Nama. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
1. kawasan pendalaman atau kawasan pedalaman 2. dibawah atau di bawah 3. diperingkat atau di peringkat | Encik Zamri, 1. Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. Oleh itu, frasa yang tepat ialah kawasan pedalaman yang merujuk tempat atau kawasan. 2. di bawah bukan dibawah. 3. di peringkat bukan diperingkat. | Tatabahasa | 27.05.2009 |
Salam,maaf tanya,sis nak tau info lanjut berkenaan ISBN Sis di beritahu oleh pihak sekolah Penulisan Ramadan anjuran saudara Mr Zamri Presiden myMove,,,, Ringkas ayat sis nak tahu bolehkah konten dan idea blogging sis dalam blog koleksi ubat di freedengkiblog.net berupaya di bukukan,atau ebook kan atau buat magazine yang boleh di print dan di jual,sis belum siapkan manuskrip koleksi blog,masih dalam try and adjust,,bagaimana proses selanjutnya,, ,,Sekian,,Terimakasih | Salam sejahtera puan, Maklumat berkenaan dengan penerbitan manuskrip/karya. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa, sebarang pertanyaan berhubung dengan penerbitan karya/manuskrip dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah menghubungi melalui talian telefon dan e-mel agar dapat memperoleh maklumat yang lebih terperinci daripada pegawai yang terlibat dengan hal-hal penerbitan seperti maklumat yang berikut: Rusdi bin Abd Rahman, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 13, Menara DBP, Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479431 013-3607426 e-mel: rar@dbp.gov.my Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2020 |
bagaimana nak berpidato?daya cakapnye | Saudara, Sebelum seseorang berpidato pemodato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang posiitif supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antaranya sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Zamri">Mua'ti@Zamri Ahmad. | Lain-lain | 06.08.2009 |
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT | Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Zamri">Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini: 1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004. | Lain-lain | 31.08.2009 |
Boleh namakan teori-teori yang berkaitan kohesi dan koheren? | Tidak ada maklumat dalam pangkalan data kami yang menjurus kepada tajuk tersebut. Sila rujuk artikel yang disenaraikan yang diharapkan dapat membantu sudara mendapatkan maklumat tersebut. Kohesi dalam wacana bertulis, Radiah Yusoff, Nor Aini Ismail, Dewan Bahasa,1 February 2002 Sarana kohesi dalam pengajaran karangan, Zamri Salleh, Pelita Bahasa, 1 March 2009 Peranan kohesi dalam membina ketekstualan teks berita arab dalam talian, Mohd Azidan Abdul Jabar, Jurnal Bahasa, 1 March 2005 Wacana, penanda wacana, kohesi, koheren, Mohd. Zaini Othman, Pelita Bahasa, 1 March 2004 Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan, dan Leksikal dalam Penulisan Karangan, Abdul Jalil Othman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 August 2000 Wacana dalam teks penulisan: satu tinjauan tentang pertautanberdasarkan analisis kohesi dan koheren, Khathijah Abdul Hamid, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 | Tatabahasa | 03.07.2011 |
Salam. Saya memerlukan penerangan mengenai bahasa dan format teks taklimat yang dibuat untuk majlis formal dan kombinasi atau tidak formal. Apa yang saya paham, penyediaan teks taklimat bergantung kepada taraf para khalayak yang hadir untuk sesebuah majlis. Tetapi tidak banyak rujukan yang menerangkan perbezaan format dan bahasa yang digunakan untuk teks taklimat sesuatu majlis formal dan tidak formal. Sekian . Terima kasih. | Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Panduan Pengucapan Awam karya Dr. Zamri @ Muati, Pidato Berpidato, karya Rahmat Ismail atau buku-buku panduan pengucapan awam yang lain atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan boleh mendapatkan tajuk-tajuk buku berkaitan perkara ini melalui carian pada Katalog Awam tersebut. | Lain-lain | 26.07.2007 |
Di manakah saya boleh membuat rujukan tentang panggilan kehormat dlm ucapan aluan sesuatu majlis. | Saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku yang disenaraikan ini bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Buku-buku ini terdapat di PDM Dewan Bahasa dan Pustaka. - Panduan pengucapan Awam oleh Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad - Pengucapan Awam Yang Berkesan oleh Maimunah Osman - Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail - Panduan Protokol dan Etiket Sosial oleh Mokhtar Mohd. Tohar dan Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis Samsudin Wahab. Terima kasih. | Lain-lain | 03.03.2007 |
bagamanakah penggunaan retorik dalam perbankan? | Menurut Kamus Dewan, Retorik ialah kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga dikaitkan dengan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. (Maklumat lanjut mengenai retorik boleh diperoleh melalui Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP atau Buku Teknik Pengucapan Awam karya Abdul Muati@Zamri Haji Ahmad atau Seni Berpidato karya Rahmat Ismail) Retorik dalam bidang perbankan biasanya dikaitkan dengan cara memujuk khususnya untuk pekerja di sektor perbankan. Contohnya seperti cara memujuk supaya khalayak mendaftar untuk kad kredit. Terima kasih. | Makna | 01.09.2006 |
SAYA INGIN MENDAPATKAN BIO-BIBLIOGRAFI DARAMATIS HATTA AZAD kHAN Terima Kasih | Bio - Bibliografi Hatta Azad Khan : 6.Hatta Azad Khan dan teater kontemporari di Malaysia Krishen Jit Dewan Sastera 15/03/1982 . 7. Berkisarnya legenda Jebat dalam drama Hatta Azad Khan. olehSafri Ali .Berita Harian 03/05/1987 . 8. Hatta Azad Khan oleh Wan Ahmad Ismail Bacaria 04/09/1991. 9. Hatta Azad Khan arah Tun Perak Mingguan Malaysia 19/03/2000. 10. Hatta Azad Khan persiakan karya Usman Awang: percubaan yang tidak kena pada tempatnya oleh Abdullah Ngah Berita Harian 30/12/1982. 11. Istana Budaya: Hatta Azad Khan perlu lebih rasional oleh Zamri Pilus Utusan Malaysia (Sastera dan Budaya) 27/03/2002. 12. UKM kehilangan Hatta Azad Khan oleh Ibrahim Shah Mingguan Malaysia 19/12/1993. | Lain-lain | 08.06.2007 |