Zuhur atau Zohor? Isyak atau Isya'? | Ejaan yang betul ialah zohor dan isyak. Untuk maklumat berkenaan bahasa Melayu, sila layari http://prpm.dbp.gov.my | Ejaan | 18.12.2015 |
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua, | Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur. | Lain-lain | 02.09.2010 |
salam sejahtera..saya dapati terdapat perbezaan jawapan yang diberi oleh pihak tuan yang menyebabkan sedikit kekeliruan..soalan mengenai ejaan yang betul bagi perkataan 'zohor' atau 'zuhur'. Pada 22.4.2015, pihak encik mengatakan ejaan yang betul ialah zuhur tetapi pada 18.12.2015 ejaan yang betul ialah zohor. yang sebenarnya manakah ejaan yang betul. sekian. | Dalam kamus, terdapat kedua-dua ejaan. Jika dilihat pada entri "zohor" akan diberi arahan supaya melihat kepada ejaan "zuhur". Jadi ejaan yang paling tepat ialah "zuhur" | Ejaan | 16.06.2016 |
Mohon bantuan, adakah waktu-waktu solat seperti Subuh dan Zohor dikira sebagai Kata Nama Khas? Begitu juga dengan perkataan-perkataan yang terdapat daripada tafsir Al-quran iaitu:- Baitullah, Masjidil dan Rasulullah Adakah ianya kata nama khas? Sekian,bantuan dari pihak DBP amatlah dihargai.Terima kasih. | Waktu solat merupakan kata nama am dah dieja dengan huruf pertama kecil. Baitullah dan Rasulullah merupakan kata nama khas dieja dengan huruf pertama huruf besar manakala masjidil kata am kecuali jika merujuk kepada Masjidilharam iaitu, masjid Mekah maka dieja dengan huruf besar pada huruf pertama. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
Syha Yumisyha Assalamualaikum Tuan/Puan/Cik DBP. Saya Seyha. Boleh saya pastikan daripada tuan, ejaan yang betul untuk : air mata @ airmata subuh @ Subuh zohor @ zuhur Terima kasih daun keladi. | Ejaan yang betul bagi ketiga-tiga perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat, iaitu (1) air mata; (2) subuh dan (3) zuhur | Ejaan | 28.04.2014 |